[Gambar] Chandra Bahadur Dangi, 72, lelaki paling kerdil di dunia

Dangi berkata, selama ini dia begitu malu dengan ketinggiannya tetapi kehidupannya mungkin berubah jika dia mendapat pengiktirafan Guinness Book of Records.
Pemegang rekod kategori Lelaki Paling Kerdil di dunia ketika ini dipegang oleh warga Filipina, Junrey Balawing yang setinggi 59.93 sentimeter.
Junrey merampas gelaran itu tahun lalu daripada Khagendra Thapa Magar, 18, yang setinggi 67 sentimeter.
Orang paling kerdil pernah hidup sebelum ini ialah Gul Mohammed dari India yang setinggi 57 sentimeter. Gul meninggal dunia pada usia 40 tahun pada 1997.

Pakar dari Rekod Dunia Guinness akan ke Nepal untuk mengukur lelaki itu. Dangi mendakwa berat badannya hanya 12 kilogram.

“Saya berpendapat keadaan akan menjadi lebih baik selepas ini. Saya berharap akan menjadi terkenal di seluruh dunia. Saya mahu melawat negara luar dan bertemu orang ramai di seluruh dunia,” kata Dangi.
Punca kepada masalah ketinggian yang menimpa Dangi tidak pernah didiagnos tetapi dia dipercayai mengalami kekerdilan primordial yang bermula dalam rahim.
Sumber: DM
Dipetik: Hmetro.com.my
Post a Comment