Header Ads

Harga minyak naik ke paras tertinggi sejak sembilan bulan


BEBERAPA orang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Teheran, Iran kelmarin.
SINGAPURA: Harga minyak melonjak ke paras tertinggi sejak sembilan bulan lalu kepada hampir AS$105 (RM318) setong di Asia semalam selepas Iran menyatakan ia menghentikan eksport minyak mentah ke Britain dan Perancis di sebalik peningkatan perbalahan berhubung program nuklear Teheran.

Harga minyak mentah naik AS$1.50 (RM4.54) kepada AS$104.74 (RM316.7) setong pada waktu tengah hari di Singapura semalam.

Sebelum itu, harga minyak mentah meningkat kepada AS$105.21 (RM318.1) yang paling tinggi sejak bulan Mei tahun lalu.

Pada Ahad lalu, Kementerian Minyak Iran menyatakan negara itu menghentikan penghantaran minyak mentah kepada syarikat-syarikat Britain dan Perancis yang merupakan satu tamparan kepada Kesatuan Eropah (EU) selepas EU melaksanakan sekatan ke atas eksport minyak Iran.

Sekatan itu termasuk pembekuan aset bank Iran yang akan bermula pada Julai depan.

Menteri Minyak Iran, Rostam Qassemi memberi amaran pada awal bulan ini bahawa negaranya akan mengurangkan eksport minyak kepada negara-negara Eropah.

Negara-negara EU yang dianggotai 27 buah negara meggunakan 18 peratus minyak Iran yang dieksport. -Agensi

WarkahDaily -- Bersiap sedia la rakyat Malaysia. Dah tentu harga petrol di Malaysia turut naik lepas ni kot. Harga dunia tak nak/ turun pun, kerajaan Umno-BN naikkan harga petrol tempatan, apatah lagi kalau harga dunia melambung naik.

Kesian rakyat marhaen, disamping menanggung beban kenaikan harga minyak, dah tentu harga barangan keperluan lain juga turut naik. Nasib engkau orang la sebab dah pilih kerajaan Umno-BN. PRU-13 nanti beringat-ingat la, jangan bagi nasi jadi bubur pulak. Kalau tak, “ubah gaya hidup anda,” kata Najib.
Dikuasakan oleh Blogger.