Header Ads

‘Hati dah baik, tapi seru untuk bertudung belum tiba’

WarkahDaily -- Kenapa manusia menetapkan tempoh untuk mematuhi perintah Allah? Peliknya manusia, segala ketetapan yang sudah termaktub pun masih lagi teragak-agak untuk laksanakannya.

Kenapa kita sentiasa gunakan alasan ‘orang yang pakai tudung pun tapi hati jahat, perangai jahat’. Sentiasa nak menyalahkan orang lain daripada untuk membaiki diri untuk patuh kepada Allah.

Dia nak jahat ke, dia nak berhati busuk ke, itu dia punya pasal la, tapi engkau macam mana, berhati baik, perangai baik tapi derhaka kepada Allah. Apa gunanya hidup atas bumi Allah ini?

Kalau Allah dah perintah, maka wajib kepada hamba-Nya untuk patuh (ikut), bukan cari alasan untuk meninggalkan ketaatan kepada-Nya.

Lebih-lebih lagi, kita tak segan langsung untuk menentukan tempoh bagi kita untuk mentaati perintah Allah. Kenapa perlu tunggu seru, kenapa tidak sekarang? Bukan ke kematian itu datang tiba-tiba? Allah bukan ikut kita tapi kita yang ikut Allah.

Sedarlah wahai manusia, usah sombong dan bongkak dengan sedikit kelebihan yang Allah berikan kepada kita sebagai tiket untuk kita derhaka dan gagal mentaati perintah Allah. Sesungguhnya Allah itu tidak menunggu sesaat pun untuk mematikan seseorang hamba-Nya.

Penulis petik laporan dari Harian Metro berkaitan artis kita,

Harian Metro -- DI USIA 44 tahun, dia masih lagi mengancam laksana anak dara sunti. Mahu tidak mahu, perlu bagi Ziana untuk kekal cantik kerana itulah bayaran apabila bergelar artis.


Ziana Zain. | foto Harian Metro
Kata pelantun Madah Berhelah yang dilahirkan dengan nama Siti Roziana Zain itu, hendak ke kedai pun perlu bersiap rapi untuk menjaga mata peminat serta masyarakat yang sentiasa ingin melihat golongan artis kelihatan sempurna.

“Kalau ikutkan seksa sebenarnya hendak kena jaga makan dan keluar rumah terpaksa bersolek, tetapi artis memang perlu menjaga penampilan serta menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

“Tahun ini saya sudah 44 tahun, kalau tidak menjaga susahlah. Bukan saja untuk kelihatan menarik di hadapan peminat, jaga pemakanan amat baik untuk kesihatan. Cuma, perlu disiplin yang tinggi,” katanya.

Menawan dengan gaun paras lutut rekaan Rizman Ruzaini, penyanyi yang juga pelakon kelahiran Merlimau, Melaka, itu turut diajak berbual mengenai penghijrahan diri.

Tambahan pula, tatkala ini ramai artis muda yang mula berhijab (bertudung), justeru apakah Ziana tidak terpanggil melakukan hal yang sama?

“Penghijrahan manusia Allah s.w.t berikan kepada setiap makhluk-Nya dengan cara berbeza. Ada orang berubah daripada segi penampilan tetapi hati tidak. Ada pula yang berhijrah dengan membersihkan hati serta menjaga pertuturan, tetapi seru untuk berhijab belum tiba.

“Saya pasti suatu hari saya akan melakukan hal (bertudung) yang sama, tinggal lagi masa saja akan menentukan. Sebagai seorang Muslim, Insya-Allah jika diberi kesempatan suatu hari saya ingin menunaikan fardu haji.

“Masa itu memang tidak boleh buka-buka lagi dah kerana apabila ke sana kita membuat perjanjian dengan Yang Maha Esa untuk berubah dan bertaubat, jadi kita perlu pegang pada janji.

“Apapun, saya kagum dengan adik-adik yang memperoleh seru di usia yang muda dan berharap mereka ikhlas dan terus kekal begitu. Sesetengah orang sudah elok bertudung, bila rasa jemu dibukanya tudung.

“Tidak manislah begitu seolah persendakan agama pula dan inilah yang saya bimbangkan sebenarnya. Bila keputusan ini kita buat seikhlas hati tanpa pengaruh atau desakan mana-mana pihak, insya-Allah perubahan yang dilakukan itu adalah terbaik kerana ia datang dari lubuk hati yang murni,” kata ibu kepada empat orang cahaya mata itu.

p/s: Tahniah la sebab ada cita-cita untuk berubah kepada kebaikan
Dikuasakan oleh Blogger.