Header Ads

Hina Islam: Tengku Sophia wujud atau tidak, atau laman Twitternya disabotaj?

WarkahDaily -- Semakin hari semakin berani para ‘parasit’ bedebah cuba melakukan provokasi dan menghina agama Islam mutakhir ini. Medium jaringan sosial dijadikan tempat untuk menyampai hajat jahat mereka terhadap Islam.

Semakin hari, musuh Islam semakin haprak, semakin melampau menghina Islam. Sudah tentu bukan dari kalangan bukan Islam sahaja yang cuba bertindak demikian, bahkan tidak kurang juga dari kalangan mereka yang asalnya dari rumpun keluarga beragama Islam tapi jalan yang mereka pilih adalah salah.

Terbaru, dunia internet dihebohkan dengan seorang wanita yang menggelarkan dirinya Tengku Sophia telah bertindak menghina Islam secara membabi-buta dan melampau.

Namun, menurut laporan blog-blog yang bercerita pasal ini, perkara ini berlaku akhir tahun lepas (Disember 2011)

Banyak laporan di blog-blog menyatakan wanita itu sudah pun memeluk agama Kristian dan cuba memburuk-burukkan ibadah umat Islam dengan cacian terhadap perlakuan azan dan paling melampau, menghina junjungan besar nabi Muhammad SAW.


INI DIA antara screen shot twitter yang mencaci-maki Islam oleh wanita berkenaan. Jika diamati betul-betul, banyak tulisan di Twitternya mengelirukan dan tulisannya seolah-olah dia sudah ‘study’ dengan selok-belok ajaran-ajaran yang dikaitkan dengan Islam seperti Sunni, Syiah, Ahmadiah dll.


Segala caci-maki telah pun dibuat di laman sosial Twitter dengan menggunakan ID @TengkuSophia. Turut dilaporkan, wanita itu berasal dari Indonesia. Baru hari ini penulis WarkahDaily (WD) tahu, orang Indonesia ada nama Tengku, sama cam Malaysia.

Betul ke Tengku Sophia hina Islam?

Bagi penulis WD, terpulang kepada pembaca untuk menilai apa yang berlaku sebenarnya. Cuma, penulis WD cuba memanjangkan apa yang ditemui oleh seorang blogger berkaitan kekeliruan yang timbul berkaitan laman Twitter Tengku Sophia.

Menurut penulis blog Fitrihadi.com, beliau telah menemui banyak kekeliruan yang timbul pada laman Twitter yang didakwa milik Tengku Sophia.

Dipetik dari blog Fitrihadi.com berkaitan kekeliruan pada laman Twitter Tengku Sophia:

“Tengku Sophia Tak Wujud? Ini lagi satu teori yang boleh aku katakan sekarang ini. Sebab beberapa gambar yang Tengku Sophia (TS) share kat akaun twitter dia sebenarnya adalah dari artwork orang lain. Aku ada buat photo-search dan berjaya menemui kecacatan dalam perkongsian gambarnya.


Ini adalah gambar yang dia share bersama dengan status tweetnya di twitter sebenar dia.. Dia kata tu gambar tahun lepas dan dia nak pergi tempat tu lagi dengan boyfriend dia…


dan bila aku siasat, gambar tu adalah dari tumblr seseorang bernama Anne ni… tapi tumblr anne ni dah unavailable. dapat tengok kat weheartit.com je la..


Selain tu gambar gitar yang kononnya dikatakan pemberian Alex, iaitu boyfriend dia…

Dan bila aku siasat gambar tu, aku hanya jumpa gambar ni kat page seorang perempuan ni yang bernama Manugavassi.


Dan lagi satu adalah gambar dia berpelukan dengan boyfriend dia yang mana dikatakan Daniel yang shot tadi.


Tapi cuba korang klik Google Photo Search yang aku dah buat ni..


I mean, ada berlambak gambar yang sama yang dikatakan Daniel yang shot.


Dan lagi satu gambar yang dia kata dia tengah cas handphone-nya ni…

Kalau korang pergi kat entry seorang perempuan ni, korang akan jumpa gambar yang sama. Hanya blog ni je yang ada gambar yang sama. Tempat lain takde. Tu yang pelik tu…


Gambar dalam twitter yang dia share pun sama je kebanyakannya ambil dari internet… Juga profile photo dia aku rasa itu bukan diri dia yang sebenar.

Boleh aku katakan Si TS ni adalah seseorang yang mengelirukan. Adakah sebab dia dah buat salah then nak tutup kesalahan dengan buat cerita baru dan share gambar dari internet? Siapa sebenarnya TS ni? Siapa sebenarnya Alex? Kita semua tak tahu… Yang pasti hanya TS dan Allah je yang tahu cerita sebenar.

Aku rasa terpanggil untuk siasat lepas dapat komen ni dari Cik Kiki berkenaan kekeliruan TS ni. Kalau takde angin masakan pokok bergoyang…

Sekarang, aku dah malas nak cakap pasal TS ni. Terlalu banyak kekeliruan. Lupakan je lah pasal TS ni. Orang kata kalau was-was tinggalkan. So aku harap ni entry last aku pasal Tengku Sophia ni.

Kalau Tengku Sophia nak jelaskan segalanya, dia boleh contact aku. Dan aku boleh tolong dia jelaskan semua kekeliruan ini. Thanks..

Laman Twitter Tengku Sophia ‘dihackers’

Sekali lagi penulis blog Fitrihadi.com menulis berkaitan laman Twitter kepunyaan Tengku Sophia sebenarnya telah diganggu (kena hack).

Dipetik dari blog Fitrihadi.com, “Aku baru dapat info dari rakan blogger iaitu Nana mengatakan akaun twitter Tengku Sophia sebenarnya adalah palsu dan kena hack. Jadi lepas kena hack, barulah si hacker itu mengkucar-kacirkan akaun twitter Tengku Sophia (TS) ni dan mengeluarkan kata-kata kesat yang menghina Islam dan Malaysia.”

Semestinya TS sekarang ni teraniaya dan kita semua sudah tersalah sangka. So, harap korang boleh report kat pihak twitter pasal akaun twitter TS yang kena hack tu.

Dan inilah akaun Twitter TS yang baru dan sebenar-benarnya. Oh dia muslim rupanya. Nice! Kalau pakai tudung kan cantik :)

p/s: Ntah apa nak kata, terpulang pada pembaca nak menilai samada Tengku Sophia wujud atau tidak, atau pun memang ada satu komplot dalam usaha kumpulan atau individu tertentu untuk memburuk nama Islam dengan cara melakukan provokasi jahat menggunakan nama-nama tertentu untuk mengelabui mata orang ramai.
Dikuasakan oleh Blogger.