Header Ads

Hotspurs nyaris diaibkan, Liverpool mara dengan kemenangan bergaya


Penyerang Liverpool, Andy Carroll (Dua dari kiri) meraikan bersama rakan sepasukan selepas menyumbat gol dalam perlawanan pusingan ke-5 Piala FA antara Liverpool dengan Brighton pada 19 Februari 2012. Liverpool menang 6-1. | foto AFP
Gergasi EPL, Tottenham Hotspur menerima tamparan hebat selepas sekadar seri 0-0 dengan kelab liga bawah Stevenage manakala Liverpool menang bergaya 6-1 dalam perlawanan pusingan kelima Piala FA yang berlangsung semalam.

Keputusan seri tersebut menyaksikan anak buah Harry Redknapp terpaksa beraksi dalam perlawanan pusingan bagi menempah slot ke suku akhir.

"Mereka (Stevenage) beri kami kesukaran dan mereka bekerja keras," kata Redknapp.

Wira Stevenage dalam perlawanan malam tadi pastinya penjaga gol mereka Chris Day yang berusaha keras dan mempamerkan kecekapan menyelamatkan beberapa percubaan daripada Spurs.

Percubaan Gareth Bale dan Louis Saha sepanjang 90 minit perlawanan tidak berjaya menembusi kubu Stevenage yang kebal.

Stevenage atau Tottenham akan bertemu Bolton.

Liverpool pula meneruskan kemaraan selepas kemenangan bergaya ke atas Brighton 6-1 di Anfield sekaligus memastikan tempat mereka ke suku akhir.

Kemenangan besar The Reds ke atas Brighton dibantu tiga gol sendiri yang disumbat oleh Liam Bridcutt (m44, 71) dan Lewis Carl Dunk (m75).

Tiga gol lagi disumbat oleh Martin Skrtel, Andy Carroll dan Luis Suárez.

Liverpool dijadualkan bertemu Stoke selepas ini.

Sumber: Arena.my
Dikuasakan oleh Blogger.