Header Ads

Jati: Hasan pilih logo setan?

WarkahDaily – Akhirnya Jalur Tiga (Jati) di bawah pimpinan bekas ahli PAS yang dipecat, Datuk Dr Hasan Ali telah pun dilancarkan hari ini oleh beliau sendiri sebagai pengasas di Pusat Konvensyen Shah Alam, Shah Alam.

Namun apa yang mengejutkan, logo rasmi Jati ketika majlis pelancaran NGO yang didakwa mesra Umno itu mirip dengan logo ‘Satan’ (Syaitan) seperti yang disiarkan di sebuah blog. [Lihat sini]

Menurut Harakahdaily, logo Jati dilihat mempunyai persamaan dengan logo setan yang direka bentuk berdasarkan nombor ‘666’.

Sebelum ini, Hasan Ali pernah mengajak NGO lain untuk bergabung dengan Jati bagi membentuk ‘kuasa ketiga’ yang diharapkan dapat mengimbangi kehadiran Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Sambil itu, Hasan turut mempelawa pertubuhan racis, Perkasa untuk bekerjasama dengannya untuk memartabatkan Islam, Melayu dan Raja (IMR) seperti yang didakwa.

Di majlis pelancaran itu, Hasan turut menjelaskan, Jati bukan sebuah parti politik yang akan bersaing dengan mana-mana pertubuhan pada PRU13 kelak.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria turut kelihatan di pentas utama pada majlis pelancaran itu dan pernah sebelum ini mengiktiraf perjuangan Hasan, konon bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu lebih berbaloi memperjuangkan prinsip Islam bersama NGO berbanding berada dalam PAS.

--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.