Header Ads

Kalau Ibrahim Ali presiden Umno, barulah layak berdebat dengan Anwar

WarkahDaily – Tiada kepentingan langsung Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mencadangkan agar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat dengan presiden mereka, Ibrahim Ali.

Beberapa hari yang lepas, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata dalam satu kenyataan, Anwar tidak wajar mengajak presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat tapi perlu berdepan dengan presidennya dulu iaitu Ibrahim Ali.

“Adalah tidak wajar mengheret perdana menteri ke pentas politik murahan untuk memberi publisiti kepada Anwar. Tidak ada keperluan untuk Najib melayan hasrat karut Anwar.

“Anwar perlu berdepan dengan presiden Perkasa dulu berdebat berhubung sokongannya kepada Israel kerana rakyat mahu lihat apa motif beliau menyokong Yahudi,” katanya dalam satu kenyataan seperti yang dipetik dari The Malaysian Insider.

Jika Syed Hassan menyatakan tidak wajar dengan Najib, jadi apakah kewajarannya berdebat dengan Ibrahim Ali yang tiada apa-apa kepentingan tu. Siapa nak pandang Ibrahim sekarang ni? Mungkin hanya Umno je kot.

Anwar ajak Najib berdebat sebab dia adalah ketua kerajaan, mudah-mudahan bila ‘disedarkan’ Anwar dalam debat nanti, boleh sedikit perubahan dalam polisi kerajaan yang perlu diubah demi kepentingan rakyat. Takdak kerajaan sesuka hati berbelanja tanpa sedar negara sedang berdepan masalah muflis.

Jadi kalau berdebat dengan Ibrahim Ali, apa yang boleh diubah? Yang Ibrahim tahu hanyalah Melayu..Melayu…dan Melayu sahaja. Lepas tu kerja ‘melompat’ sana-sini dengan tiada pendirian tetap.

Sekadar menjadi presiden Perkasa yang ntah berapa orang ahli, ada hati nak ajak berdebat.

Jika Ibrahim Ali sebagai presiden Umno ke, atau Perdana Menteri ke, barulah boleh mengajak Anwar berdebat supaya ada kesan dari perdebatan.

--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.