Keputusan Liga Sepanyol La Liga 27 Februari, Messi selamatkan Barca

Penyerang Barcelona, Lionel Messi (kiri) bantu Barca kalahkan Atletico Madrid 2-1 di Stadium Vicente Calderón, Madrid, awal pagi tadi. | foto Getty Images
Barca mengutip 54 mata di belakang Real Madrid yang menguasai puncak liga dengan kutipan 64 mata. Kedua-dua pasukan telah pun bermain untuk 24 perlawanan sehingga hari ini.
Perlawanan awal pagi tadi, Barca mendahului perlawanan dengan jaringan gol pertama melalui Daniel Alves pada minit ke-36 sebelum Atletico Madrid menyamakan kedudukan menerusi Radamel Falcao pada minit ke-49.
Barca terpaksa menunggu di penghunjung perlawanan pada minit ke-81 untuk menambah gol sekaligus menang 2-1 menerusi jaringan penyerang sensasinya, Lionel Messi.
Berikut adalah keputusan penuh perlawanan La Liga awal pagi tadi
KEPUTUSAN LIGA SEPANYOL (La Liga) 27 FEB 2012 |
Valencia | ![]() | 1-2 | ![]() | Sevilla |
Osasuna | ![]() | 2-1 | ![]() | Granada |
Real Sociedad | ![]() | 1-0 | ![]() | Mallorca |
Atletico de Madrid | ![]() | 1-2 | ![]() | Barcelona |
--WARKAHDAILY
Post a Comment