Header Ads

Lebih 1.8 juta nama yang sudah meninggal dunia masih tersenarai sebagai pengundi aktif

Lebih 1.8 juta nama rakyat Amerika Syarikat (AS) yang meninggal dunia masih tersenarai sebagai pengundi aktif sekaligus mencacatkan sistem pendaftaran pengundi negara itu.

Kajian terhadap sistem pendaftaran pengundi AS oleh pihak berkecuali Pew Center mendedahkan setiap satu daripada lapan rekod pengundi mengandungi ketidaktepatan dan sekurang-kurangnya 51 juta pengundi yang layak tidak didaftarkan.

Hasil kajian dikeluarkan kelmarin, berikutan persediaan AS dalam pilihan raya kongres dan jawatan presiden November pada depan.

“Pendaftaran pengundi merupakan pintu masuk demokrasi, tetapi ia amat kuno kerana sistem-sistem berasaskan kertas bercampur-aduk dengan pelbagai kesilapan dan ketidakcekapan,” kata Pengarah Inisiatif Pilihan Raya di Pew.

Katanya, masalah yang timbul berkaitan pembaziran pembayaran cukai, menghakis keyakinan pengundi dan pertikaian bahan api menggugat integriti pilihan raya AS.

Sehingga kini, pusat berkenaan menjumpai kira-kira 24 juta (13 peratus) pendaftaran pengundi tidak tepat seluruh negara.

Malah 2.75 juta rakyat AS didaftarkan lebih daripada satu negeri dan kira-kira 12 juta rekod alamat tidak lengkap bermaksud salah seorang daripada pengundi telah berpindah atau sukar dikesan.

Selain itu, seramai 51 juta rakyat AS yang tidak layak turut didaftarkan sebagai pengundi. -Sinar Harian

WarkahDaily -- Hehe, di Malaysia pun cam serupa je, namanya pengundi hantu, bahkan lebih teruk lagi, nama tempat pun boleh ada dalam daftar pemilih yang boleh mencabut undi.
Dikuasakan oleh Blogger.