Header Ads

Liga Europa: United cemerlang tewaskan Ajax, City kecewakan juara bertahan Porto


Phil Jones (kiri) berebut bola dengan Miralem Sulejmani dalam perlawanan Liga Europa diantara Manchester United menentang Ajax. | foto AFP
Manchester United cemerlang menewaskan Ajax Amsterdam 2-0 manakala Manchester City berjaya mengecewakan juara bertahan, FC Porto 2-1 dalam perlawanan Liga Europa awal pagi tadi.

Masing-masing cemerlang di tempat lawan sekaligus memberi kelebihan untuk mara ke peringkat seterusnya, 16 pasukan terakhir.

Ashley Young membuka jaringan untuk United 15 minit selepas separuh masa kedua bermula dan Javier Hernandez memastikan kemenangan mutlak United menerusi golnya lima minit sebelum masa permainan tamat.

Kelab mewah, City bangkit daripada ketinggalan satu gol pada babak pertama untuk mengecewakan tuan rumah, FC Porto.

Porto membuka jaringan pada minit ke-28 menerusi tandukkan Sebastian Varela.

Kesilapan Pereira menjaringkan gol sendir lima minit selepas separuh masa kedua menaikkan semangat City untuk mencari kemenangan.

Segala-galanya berhasil pada City apabila gerakan Yaya Toure cemerlang disudahi oleh Sergio Aguero enam minit sebelum wisel penamat untuk dibawa bekalan satu gol kelebihan ke Etihad Stadium.

Lain-lain keputusan;

Lokomotiv Moscow 2-1 Athletic Bilbao

AZ Alkmaar 1-0 Anderlecht

Lazio 1-3 Atletico Madrid

Legia Warsaw 2-2 Sporting Lisbon

RB Salzburg 0-4 Metalist Kharkiv

Viktoria Plzen 1-1 Schalke

Hannover 2-1 Club Brugge

Steaua Bucuresti 0-1 FC Twente Enschede

Stoke C. 0-1 Valencia

Trabzonspor 1-2 PSV Eindhoven

Udinese 0-0 PAOK Saloniki

Wisla Krakow 1-1 Standard Liege

Sumber: Arena.my
Dikuasakan oleh Blogger.