Header Ads

Mimi Haris nafi dia dan Ika Nabila teguk arak

Penyanyi, pelakon dan pengacara, Mimi Haris menafikan atas dakwaan bahawa dia dan penyanyi, Ika Nabila dalam keadaan mabuk seperti dalam foto yang tersebar di sebuah blog yang menampakkan dirinya bersama Ika sedang memegang segelas minuman yang didakwa arak.

Mimi Haris yang terkejut dengan dakwaan itu, memperjelaskan foto yang menunjukan rakan baiknya, Ika Nabila yang memegang sejenis minuman keras itu bukanlah minuman keras, sebaliknya sejenis jus sparkling.

"Saya betul-betul terkejut kerana kami tidak pernah melakukannya. Kami hanya minum jus sparkling dan bukannya seperti yang diperkatakan oleh sebuah blog berkenaan.

"Apa yang pasti, gambar itu diambil ketika kami menghadiri majlis hari jadi rakan kami di pusat karaoke dan kami hanya meraikan rakan kami. Itu sahaja.

"Saya rasa ia mula tersebar selepas Ika menggunakan gambar itu sebagai gambar profilnya di BBM (BlackBery Messenger)

"Saya anggap ianya sebagai fitnah kepada saya dan Ika kerana saya tahu apa yang berlaku dan terus terang kami bukanlah peminum arak jauh sekali sedang mabuk ketika itu," katanya ketika dihubungi murai.com.my.

Pelakon Kau Dan Aku musim kedua itu juga turut menambah, orang umum tidak sepatutnya membuat sebarang andaian atau spekulasi sebelum bertanyakan perkara sebenar kepadanya atau kepada Ika sendiri.

"Saya rasa, Ika ada hak peribadi sendiri untuk menyiarkan gambar itu dan orang luar tidak sepatutnya sesuka hati membuat spekulasi atau berburuk sangka ke atas gambar tersebut sebelum mengetahui kesahihannya.

"Lagipun kami tahu batas-batasnya bila berada di luar. Lebih-lebih lagi apabila kami adalah public figure.

"Kami mengaku kami memang sedang bersosial kerana ianya majlis sosial, bagi memeriahkan ulang tahun rakan kami. Jadi kami hanya bersuka ria dan dalam masa yang sama tahu batas-batasnya," tambahnya lagi.

Mimi yang baru sahaja tamat kontrak mengacarakan program In-Trend di RTM, kini dalam proses menyiapkan single ketiganya berjudul Sastera Kupu-Kupu bersama NAR Records. -Murai.com.my

WarkahDaily --Apalah sangat dunia hiburan tanahair jika dibandingkan dengan negara luar tapi kontroversi makin menjalar-jalar. Semakin hari semakin menjadi-jadi. Pakai seksinyalah, teguk araknyalah, peluk anjingnyalah dan macam-macam perkara yang bukan menjadi amalan masyarakat timur, lebih-lebih lagi mengaku beragama Islam.

Nak kan sangat hidup dalam dunia glamor, hingga lupa batas-batas sebagai orang Islam. Artis kat atas ni pun, cakap cam best, konon tahu batas-batas (baik-buruk), tapi yang duk bersosial sama cam artis barat tu batas-batas apa?
Dikuasakan oleh Blogger.