Header Ads

Mufti Perlis desak kerajaan gantung penerbitan akhbar The Star

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya telah mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas, dengan menggantung penerbitan akhbar The Star berikutan penyiaran gambar artis irama R&B wanita Erykah Badu yang amat menghina Islam.

“Kerajaan perlu konsisten dalam ketegasan menangani isu sensitiviti agama,” tegasnya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Saya yakin semua rakyat Malaysia pelbagai agama kenal kalimah Allah, dan tiada alasan untuk sekadar menyatakan terlepas pandang berkenaan perkara itu.

“Permohonan maaf yang dibuat dengan saiz yang amat kecil itu tidak memadai.

“Kita sokong kebebasan akhbar, tapi tidaklah sehingga mencerca agama dan anutan orang lain,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Juanda turut mendesak Kementerian Penerangan membatalkan konsert penyanyi itu yang dijangka berlangsung 29 Febuari ini, kerana lagu-lagunya mengandungi unsur-unsur lucah dan maksiat yang menjurus kepada keruntuhan akhlak.

Erykah Badu telah menimbulkan kontroversi sebelum ini apabila mencacah tatu menggunakan nama Allah dan Nabi Muhammad di tubuhnya.

Sumber: Themalaysianinsider.com
Dikuasakan oleh Blogger.