Header Ads

Najib sanggup hina rakyat Kelantan semata-mata nak jaga hati rakyat Sabah

WarkahDaily -- Kebiadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang secara terbuka telah menghina negeri dan rakyat Kelantan dengan dakwaan kononnya Kelantan adalah negeri miskin tercorot di bawah PAS.

Najib (kiri) dilihat sanggup menghina rakyat Kelantan semata-mata mahu menjaga undi rakyat Sabah kepada Barisan Nasional (BN) di pilihanraya umum (PRU) ke-13 nanti.

Dipetik dari Harakahdaily, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata kenyataan Perdana Menteri berupa satu penghinaan terhadap negeri dan rakyat Kelantan disamping bertujuan politik.

Tambahnya, pada masa yang sama untuk menyedapkan rakyat Sabah kononnya negeri itu kaya walhal mereka negeri paling miskin di negara ini.

“Selain Sabah, turut disenaraikan paling miskin Sarawak, Terengganu. Malah Kelantan menduduki tempat keenam dari atas,”ujarnya.

Ekoran kenyataan Perdana Menteri, Husam turut menempelak Najib yang telah menjadi wakil rakyat hampir 30 tahun tetapi gagal membawa agenda pembaharuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan.

“Saya rasa ada sesuatu yan tidak kena dengan pendekatan itu.

“Malah baru ni pun Perdana Menteri sendiri menyampaikan bantuan zakat dalam Parlimen Pekan, selepas jadi Adun, Ahli Parlimen, timbalan menteri, Menteri Besar, menteri dan kini Perdana Pernteri, tetapi masih menyampaikan zakat dalam parlimen sendiri,”ujarnya.

Tambahnya, ini menunjukkan Najib gagal mengatasi masaalah kemiskinan di tempat sendiri apa lagi Malaysia.

Bukan dedah negeri miskin tapi usaha atasi kemiskinan

Pakatan Rakyat berusaha menumpu strategi bagaimana untuk mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini dan bukannya untuk mendedahkan negeri mana yang paling miskin.

Husam Musa (kanan) yang juga Exco kerajaan Kelantan, berkata pendedahan terhadap negeri mana yang paling miskin membuktikan kegagalan sebagai pemerintah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tuan Razak yang mendakwa Kelantan negeri paling miskin di negara ini sewaktu berucap di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.

“Dalam PAS, di mana saya selaku Pengerusi Menifesto Pilihanraya, tugas kami bukan untuk mendedahkan negeri mana paling miskin sebaliknya bagaimana mengurangkan kemiskinan,”ujarnya.

Beliau juga turut menolak kenyataan Perdana Menteri yang mendakwa Kelantan negeri paling miskin memandangkan isu itu sudah lama dijelaskan.

“Saya sebenarnya sudah jemu untuk memberi fakta berhubung perkara ini.

“Waktu mesyuarat di Jabatan Perdana sendiripun fakta-fakta yang jelas telah dikeluarkan berhubung kedudukan tahap negeri di negara ini.
Dikuasakan oleh Blogger.