Header Ads

Nasib malang Chelsea kecundang di tangan Napoli 1-3


Penyerang Napoli, Ezequiel Lavezzi (kanan) menewaskan penjaga gol Chelsea, Peter Cech dalam aksi Liga Juara-Juara di Stadium San Paolo di Naples, Itali, semalam. | foto AP
WarkahDaily -- Wakil dari Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea bernasib malang selepas dimalukan Napoli di Stadio San Paolo di Naples awal pagi semalam. Walaupun Chelsea mendahului 1-0 menerusi jaringan Juan Mata pada minit ke-27, namun kesungguhan wakil dari Itali itu memburu gol berhasil apabila berjaya mengatasi lawan 2-1 di separuh babak pertama.

Penyerang Napoli dari Argentina, Ezequiel Lavezzi berjaya menyamakan kedudukan di minit ke-38 sebelum Edinson Cavani meletak kelab Itali itu di depan 2-1 pada minit ke-45.

Separuh masa kedua bermula, Lavezzi sekali lagi menambah derita Chelsea apabila menjaringkan gol keduanya di minit ke-65.

Dengan kemenangan itu, Napoli berada di kedudukan selesa untuk menguasai tempat 16 pasukan terakhir persaingan Liga Juara-Juara Eropah.
Dikuasakan oleh Blogger.