Header Ads

Newcastle hidupkan peluang, Arsenal semakin tercicir


Pertahanan Newcastle United, Danny Simpson (kiri) berebut bola dengan penyerang Blackburn Rovers, David Junior Hoilett (kanan) di Ewood Park, Blackburn. | foto AFP
Newcastle United kembali menghidupkan peluang dalam perebutan tiket ke pertandingan Eropah musim depan apabila mendaki ke tangga kelima EPL.

The Magpies membenam Blackburn Rovers 2-0 di mana kelibat kapten Blackburn, Christopher Samba masih tidak dapat disaksikan sejak membuat permohonan untuk berpindah.

Pasukan bimbingan Steve Kean juga turut terlepas untuk mencetak gol apabila tendangan penalti David Dunn diselamatkan Tim Krul.

Penyerang Aston Villa, Charles N'Zogbia merosakkan parti Djibril Cisse yang hanya memerlukan 12 minit di atas padang untuk menjaringkan gol pertamanya bersama Queens Park Rangers untuk perlawanan berkesudahan 2-2.

Sunderland turut meraih tiga mata selepas Fraizer Campbell terus cemerlang apabila membantu Black Cats menang selesa 3-0 ke atas Norwich.

Arsenal terus mengecewakan penyokong mereka apabila sekadar seri 0-0 dengan Bolton Wanderers di mana dua percubaan Robin van Persie dinafikan tiang gol.

Sumber: Arena.my
Dikuasakan oleh Blogger.