Header Ads

Pecah kereta Anwar: Putera Umno kantoi ngaku dalam Facebook

WarkahDaily -- Merujuk kepada sebuah blog, Milo Suam yang terkenal dengan aksi pembongkaran penyelewengan dan skandal yang dilakukan Umno-BN, jelas terbukti kejadian pecah kereta milik Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika program ceramahnya di Semberong, Kluang, Johor ada hubungkait dengan konco-konco Umno.

Salah satu gambar di dalam akaun facebook budak upahan Umno menjelaskan segala-galanya. [Rujuk sini]



Menurut Milo Suam, kereta Anwar telah diperlakukan oleh sekumpulan anak muda yang dipercayai diupah oleh pihak Umno.

Ceramah Anwar Ibrahim dilastik, dibaling dengan mercun bola, batu dan sebagainya. Malah kereta beliau turut dilastik dan disepak sehingga kemik di bahagian tepi, serta mengalami keretakan di cermin hadapan kereta tersebut.

Di bawah ini gambar yang sempat diambil di HQ KEADiLAN keadaan kereta Anwar Ibrahim akibat serangan tersebut.





Menggelupur blogger-blogger United Malays No Otak, Umno cuba menafikan berita ini. Seperti biasa mereka akan putar belikan cerita menggunakan kaedah yang sama, iaitu Keadilan atau Anwar sendiri yang menyerang diri sendiri untuk mendapat simpati rakyat.

Sama saja seperti sebelum ini, mahasiswa dituduh cederakan diri sendiri, Anwar tumbuk mata sendiri sampai lebam, Teoh Beng Hock bunuh diri sendiri.

Lebih lucu, peserta himpunan 901 dituduh letupkan bom untuk membunuh diri beramai-ramai kerana Anwar dibebaskan daripada tuduhan liwat. Adakah orang yang berfikiran waras akan mempercayai propaganda seperti ini?

Kali ini kita dedahkan bukti salah seorang anak muda yang menyerang ceramah Anwar Ibrahim di Sembrong Kluang Johor tempoh hari. Anak muda ini pada malam kejadian tersebut mengakui, baru pulang menghalau Anwar dari tanah Kluang.

Dia menulis di akaun Facebook miliknya yang dihantar melalui telefon bimbit BlackBerry, mengakui bahawa dia terlibat menghalau Anwar Ibrahim atau dengan kata lainnya dia terlibat melakukan kekecohan pada malam itu. [Rujuk sini]



Siapakah anak muda ini yang dilihat begitu benci dengan Anwar Ibrahim, sehingga sanggup membuat kacau di ceramah beliau di Sembrong, Kluang Johor baru-baru ini?

Regim United Malays No Otak, Umno akan terus melakukan apa sahaja untuk mengalahkan lawan politik mereka. Politik rasuah, penyalahgunaan kuasa dan samseng akan terus jadi amalan regim ini.

Tutup akaun Facebook selepas kerja jenayah terkantoi

Merujuk pula kepada blog darisungaiderhaka, selepas perbuatan jenayahnya terkantoi dan bimbang ‘diserang’, budak Umno berkenaan dikatakan telah menutup akaun Facebooknya.



Menurut blog darisungaiderhaka, laman Facebook budak Umno itu tidak dapat dikunjungi lagi. Apabila cubaan klik pada alamat Facebooknya, hanya tulisan “is currently unavailable,The page you requested cannot be displayed right now. It may be temporarily unavailable” yang terpapar.
Dikuasakan oleh Blogger.