Header Ads

Pemuda PAS rakam ucapan tahniah kepada Sultan Selangor

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merakamkan ucapan tahniah kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan di atas penganugerahan pingat Commandeur de la Legion d'Honneur , anugerah tertinggi Perancis oleh Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy.

Anugerah tersebut adalah untuk mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Sultan Selangor dan Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), telah disampaikan oleh Panglima Angkatan Tentera Perancis Edouard Guillaud di French Residence di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dan seluruh rakyat negeri Selangor berasa cukup berbangga di atas penganugerahan dan pengiktirafan ini yang telah menunjukkan di peringkat antabangsa kewibawaan dan ketokohan Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai pemerintah negeri Selangor dan jajahan takluknya serta Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia,” kata Ketua Pemuda PAS negeri, Hasbullah Mohd Ridzwan dalam satu kenyataan.

Sumber: Harakahdaily.net
Dikuasakan oleh Blogger.