Header Ads

Persediaan kerajaan Umno-BN hadapi PRU-13, dividen KWSP naik 6%, tertinggi dalam tempoh 10 tahun

WarkahDaily – Menjelang Pilihanraya Umum (PRU), kerajaan barulah terhegeh-hegeh nak tunjuk baik, konon prihatin kepada rakyat. Tapi lepas habis pilihanraya, ‘lantak engkau la nak jadi apa pu’. Begitu la nasib rakyat Malaysia di bawah kerajaan Umno-BN. Selagi Umno-BN masih memerintah, rakyat terpaksa menanggung lagi nasib malang mereka yang ‘diperkotak-katikkan’ oleh kerajaan Umno-BN. Rakyat hanya dipandang ketika musim pilihanraya sahaja.

Sekarang ini, musim pemimpin Umno-BN sibuk turun padang, konon melihat kesusahan rakyat. Tapi bila dah lepas PRU, batang hidung pun tak nampak.

Bermacam-macam ‘nikmat’ yang tak pernah dirasai rakyat akan diberikan kerajaan sebagai ‘suapan’ pilihanraya. Segala bentuk jenis bantuan diagihkan. BR1M la, KR1M la, susu 1Malaysia, saham 1Malaysia la, semuanya ada 1Malaysia, nasib muka Najib je tak dipaparkan pada plastik gula, beras dan susu 1Malaysia. Pemimpin hanya bermuka-muka dengan rakyat, semata-mata nak dapatkan undi menjelang PRU-13.

Terbaru dipetik dari Malaysiakini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kelmarin telah mengumumkan kenaikan kadar dividen 6% untuk pencarumnya bagi tahun kewangan berakhir Dis 31 2011, iaitu meningkat 20 mata asas berbanding 5.8% untuk tahun 2010.

Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata kadar dividen ini merupakan kadar tertinggi dalam tempoh 10 tahun dengan bayaran sebanyak RM24.47 bilion akan diagihkan kepada pencarumnya, berbanding RM21.61 bilion yang dibuat untuk tahun kewangan 2010.

Berdasarkan laporan sebelum ini, dividen tertinggi yang pernah diumumkan oleh kumpulan itu ialah sebanyak 8.5 peratus, dibayar kepada pencarum pada tahun 1983 sehingga 1987.

Samsudin berkata tahun 2011 menandakan satu lagi pencapaian baik KWSP, walaupun menghadapi persekitaran pelaburan yang mencabar dengan memperolehi pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM27.24 bilion, meningkat 13.18 peratus daripada 2010.

"Ia merupakan prestasi terbaik sejak tahun 2001 hasil strategi pelaburan jangka panjang dan berhemah KWSP, berserta usaha berterusan pasukan pelaburannya," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, kelmarin. [baca laporan selanjutnya]

Semua orang boleh baca (fikir), ini semua kerana PRU-13 semakin dekat. Kerajaan Umno-BN bukan senang nak bantu rakyat jika tiada sebab. Mereka hanya reti mengambil kesempatan ke atas rakyat. Mereka hidup bermewah ketika rakyat diajar untuk ubah gaya hidup.

Kenaikan 6% kadar dividen KWSP juga merupakan ‘manisan’ gula-gula pilihanraya. Kerana melihat PRU kali ini dilihat begitu sengit dan memerlukan ‘pengorbanan’ yang besar dari kerajaan untuk mengekalkan kuasa yang ada termasuk perlu berhabisan belanja berbilion ringgit demi undi rakyat. Tokeh-tokeh yang ‘berpangkat’ kroni pasti ‘bersedia’ untuk membantu Umno-BN mengekalkan kuasanya dengan pelaburan besar dalam PRU nanti, dan pasti selepas PRU, tokeh-tokeh kembali ‘mengutip’ hutang yang ‘dipinjamkan’ sebelum ini.
Dikuasakan oleh Blogger.