Header Ads

Peter Butler dijangka meletak jawatan jurulatih Kelantan?

JURULATIH Kelantan Peter Butler enggan memberi komen lanjut mengenai khabar angin perletakkan jawatannya ekoran tidak berpuas-hati dengan pihak pengurusan atasan.

Sebaik tamat perlawanan menentang Selangor yang menyaksikan rekod tanpa kalah Kelantan lebuh, Butler meluahkan rasa kecewanya tentang isu yang dihadapinya.

Menurut laporan, Butler dijangka akan meletak jawatan sebelum hujung bulan ini.

"Saya tidak mahu komen tentang isu tersebut dan perlu membuat pertimbangan sebaiknya," kata Butler.

Antara faktor lain yang mengukuhkan desas-desus isu tersebut ialah apabila Butler dikatakan tidak berpuas hati selepas kontrak pemain import dibatalkan tanpa meminta pandangan Butler yang memegang jawatan sebagai jurulatih pasukan.

Butler turut menyerah kepada pihak pengurusan untuk menentukan nasibnya bersama Kelantan.

Disamping itu, Butler turut meluahkan kekecewaan selepas tewas kepada Selangor kerana anak buahnya gagal menyudahkan peluang yang terhidang.

Jurulatih Inggeris tersebut sebelum ini pernah meletak jawatan pada 2009 selepas kegagalan dalam Piala Malaysia.

Sumber: Arena.my
Dikuasakan oleh Blogger.