Header Ads

Piala Carling: Liverpool juara selepas kalahkan Cardiff menerusi penentuan sepakan penalti


Pemain Liverpool, Steven Gerrard menjulang trofi selepas menewaskan Cardiff City menerusi sepakan penalti dalam perlawanan akhir Piala Carling di Stadium Wembley di London, semalam.
Liverpool berjaya merangkul Piala Carling, trofi pertama mereka selepas enam tahun apabila menewaskan Cardiff City 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Wembley, semalam.

Keputusan perlawanan terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 sehingga masa tambahan.

Namun apa yang pasti, ia adalah hari yang sangat manis untuk ketua pasukannya, Steve Gerrard yang mengumpul gelaran Piala Carling ke lapan bersama Liverpool, semalam.


Anthony Gerrard (kanan) ditenangkan oleh sepupunya, Steve Gerrard selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti, menyebabkan Cardiff kalah kepada Liverpool.
Liverpool dikira bernasib baik selepas sepupu Steve Gerrard, Anthony Gerrard yang bermain untuk Cardiff City telah gagal menyempurnakan penalti untuk pasukannya.

"Ia selalunya kejam apabila sampai di ke peringkat penalti," kata Steven Gerrard.

"Ia memberikan salah satu pasukan sedih ataupun gembira. Perasaan saya bercampur baur. Saya gembira memenangi piala ini untuk peminat. Tetapi saya dapat rasakan apa yang dirasai Anthony dan Cardiff," tambahnya.

Dalam perlawanan itu, Cardiff membuka jaringan pertama pada minit ke-19 menerusi Joe Mason. Gol tersebut sekaligus memberi tekanan kepada Liverpool sebelum Martin Skrtel menyamakan kedudukan pada minit ke-59.

Kedudukan 1-1 kekal sehingga 90 minit perlawanan. Perlawanan terpaksa diteruskan dengan masa tambahan, Liverpool melalui Dirk Kuyt tampil menceriakan kembali penyokongnya pada minit ke- 108 untuk berada di depan, namun harapan tinggi Liverpool untuk menang tampak kecewa apabila sepuluh minit kemudian, Ben Turner berjaya menyamakan kembali kedudukan menjadi 2-2.

Keputusan terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti selepas kedudukan 2-2 kekal sehingga tamat masa tambahan.

Liverpool bernasib baik walaupun permulaan sepakan penalti kelihatan hambar tanpa dapat menjaringkan gol, namun Cardiff yang turut menerima tekanan juga tidak dapat menjaringkan gol di permulaan sepakan penalti.

Ketika Cardiff dilihat boleh menyekat Liverpool menang awal, namun usaha untuk penyamaan gol oleh Cardiff selepas Liverpool berkelebihan satu gol di hadapan disia-siakan oleh Anthony Gerrard sehingga memberi peluang Liverpool merangkul kejuaraan Piala Carling dengan keputusan 3-2.
Dikuasakan oleh Blogger.