Header Ads

Real Madrid selesa di puncak liga, belasah Racing Santander 4-0


Cristiano Ronaldo meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya dalam aksi La Liga semalam. Madrid menang 4-0 ke atas Racing Santander.
REAL Madrid terus selesa di puncak La Liga dan melebarkan jurang kepada 13 mata daripada pencabar terdekatnya, Barcelona selepas mencatat satu lagi kemenangan, awal pagi semalam.

Karim Benzema menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-0 ke atas Racing Santander yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Cristiano Ronaldo meletakkan Real di hadapan menerusi tandukan jarak dekat hasil hantaran cantik Kaka.

Pasukan tuan rumah mendapat kelebihan apabila pemain lawan, Domingo Cisma dibuang padang pada minit ke-38 selepas sengaja menahan bola menggunakan tangan.

Pemain gantian, Angel Di Maria melengkapkan kemenangan bergaya Real dengan­ gol keempat pada babak kedua perlawanan.
Dikuasakan oleh Blogger.