Header Ads

Saham global dijangka kekal kukuh - Ahli ekonomi

Saham global terdedah kepada pengukuhan atau pembetulan dalam jangka pendek memandangkan sentimen pelabur pada tahap yang tinggi, keuntungan teguh tahun ini sehingga kini dan kebimbangan isu hutang Greece.

Bagaimanapun, sebarang penurunan di peringkat global dijangka sederhana dan trend menyeluruh diunjur kekal meningkat, kata Dr Shane Oliver, Ketua Strategi Pelaburan dan Ketua Ahli Ekonomi AMP Capital Investors.

"Penilaian adalah menarik terutamanya berbanding hasil bon yang amat rendah, risiko kelembapan zon euro berkurangan, momentum dalam petunjuk ekonomi global positif, keadaan monetari global semakin berkurangan dan terdapat banyak tunai di luar," kata beliau kepada Bernama.

Beliau berkata perkembangan terkini mengenai usaha menyelamat Greece yang timbul minggu lepas menyebabkan keadaan tidak menentu dalam aset risiko seperti saham.

Oliver berkata kebanyakannya berita baik berhubung isu hutang Eropah sepanjang minggu lepas.

Paling penting, hasil bon di Sepanyol, Itali, Perancis dan Portugal terjejas sedikit oleh ketidaktentuan berhubung isu Greece minggu lepas, yang menunjukkan pelabur semakin kurang bimbang terhadap penularan.

Beliau berkata dengan Bank of Japan mengumumkan langkah rangsangan tambahan, sasaran inflasi jangka pendek satu peratus dan sasaran jangka sederhana dua peratus.

"Ini amat penting. Jika Jepun serius dalam memenuhi sasaran inflasi ini, bermakna lebih banyak kemudahan monetari bagi melepasi psikologi deflasi dan ia boleh bermakna pemulihan asas dalam Yen (turun) dan prestasi relatif saham Jepun (naik)," kata beliau.

Oliver berkata data yang dikeluarkan pada minggu lepas kebanyakannya positif dengan data AS yang kukuh, penguncupan pertumbuhan lemah daripada dijangka dalam zon euro dan dalam ekonomi Jepun tetapi terdapat petunjuk pertumbuhan pulih suku ini.

Beliau berkata data ekonomi Australia meningkat tetapi dengan keadaan monetari yang ketat berdasarkan kenaikan kadar gadai janji bank dan dolar Australia yang teguh, agak sukar melihat data kukuh yang dikeluarkan dapat dikekalkan.

Oliver berkata tumpuan pada minggu akan datang berkemungkinan kekal pada Greece dengan para menteri kewangan menimbangkan pakej menyelamat pada Isnin.

Sumber: Bernama.com
Dikuasakan oleh Blogger.