Header Ads

Singapura ambil Hassan Marican, program transformasi kerajaan Najib untuk tarik bakat manusia telah gagal

Ia telah dilaporkan semalam (kelmarin) bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas Hassan Marican telah dilantik sebagai Pengerusi Singapore Power Limited (SP) pada bulan Jun selepas Ng Kee Choe bersara. Hassan meninggalkan syarikat minyak negara kita pada tahun 2010 berpunca daripada pergeseran dengan pentadbiran semasa, dan sejak itu beliau telah dilantik sebagai pengarah dalam firma- firma luar negara seperti syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan Singapura seperti Semb Corp Industries Ltd, SembCorp Marine Ltd danSingapore Power. Beliau juga merupakan Pengarah di Sarawak Engergy Bhd & USoil dan syarikat gas gergasi Conoco Philips.

Jelas Hassan (gambar) diiktiraf di peringkat antarabangsa dan amat diperlukan oleh syarikat- syarikat besar multinasional tetapi tidak di rumah sendiri. Ini adalah amat sedih terutamanya apabila Hassan diangkat sebagai seorang tokoh yang telah meletakkan Petronas ke dalam senarai syarikat gas dan minyak antarabangsa seperti hari ini.

Tahun lepas, pakar ekonomi kanan Bank Dunia, Philip Schellekens memberi amaran bahawa situasi penghijrahan bakat (brain drain) rakyat Malaysia dijangka meruncing tambahan asas kemahiran negara sememangnya sempit. Schellekens menambah bahawa bilangan rakyat Malaysia yang mahir tinggal di luar negara telah meningkat tiga kali ganda dalam dua dekad yang lalu dengan dua daripada setiap 10 rakyat Malaysia memilih untuk meninggalkan negara sama ada untuk Organisasi Pembangunan Kerjasama Ekonomi (Organisation for Economic Cooperationand Development, OECD) atau ke Singapura.

Sekarang Hassan telah menyertai senarai hampir 2 juta rakyat Malaysia yang telah dibiarkan untuk tinggal dan bekerja di luar negara sejak merdeka. Bakat seperti Hassan Marican tidak datang setiap hari dan Kerajaan mesti mengambil langkah- langkah segera menyumbat kebocaran ini untuk mengekalkan bakat atau risiko kehilangan beliau dan ramai lagi seperti beliau ke negara- negara luar.

Ini merupakan hari yang menyedihkan bagi Malaysia apabila kita tidak dapat menjaga yang terbaik dan cemerlang seperti bekas Ketua Pegawai Eksekutihttp://www.blogger.com/img/blank.giff Petronas, Hassan Marican yang merupakan senarai terbaru dalam perpindahan bakat (brain drain) dan sekarang bekerja di luar negara di Singapura. Jika seorang ikon pemimpin korporat seperti Hassan Marican terpaksa berlepas ke Singapura di mana bakat beliau tidak diabaikan, program transformasi kerajaan Najib untuk menarik bakat manusia adalah gagal.

Jelasnya, sebagaimana diketahui dalam politik - sesiapa yang dikenali ditekankan, berbanding dengan ilmu dan pengetahuan, perjanjian melalui rundingan terus adalah lebih disukai berbanding tender terbuka kerana ianya tiada akautabiliti dan transparensi, Malaysia akan kalah di dalam pertempuran untuk membendung perpindahan bakat.

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP dan ahli parlimen Bagan.

Sumber: Merdekareview.com
Dikuasakan oleh Blogger.