Header Ads

Skuad Rajagopal belasah Kelantan 5-0


Skuad Harimau Malaya menang 5-0 ke atas Kelantan dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. | foto Wawanfaiz.com
WarkahDaily -- Siri pertama perlawanan persahabatan Harimau Malaya menyaksikan anak buah Datuk K Rajagopal telah membelasah juara Liga Super musim lalu dengan 5-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Walaupun bermula hambar di separuh masa pertama, namun Asraruddin Putra Omar dan Shahurain Abu Samah mencuri peluang untuk membolosi gawang Kelantan dengan 2-0.

Asraruddin Putra Omar membuka jaringan di minit ke-36 sebelum Shahurain Abu Samah mencetak gol kedua skuad Datuk K Rajagopal untuk selesa di depan.

Perlawanan menyaksikan Kelantan seolah-olah dibuai mimpi apabila langsung tidak memberi ancaman terhadap kubu skuad kebangsaan itu walaupun dibarisi pemain import hebat seperti Muhammad Ghaddar, Danny Antwi dan Obinna Nwaneri namun masih gagal menepati kualiti mereka sebagai bintang import yang boleh mengkucar-kacirkan pertahanan negara.

Di separuh masa kedua, anak buah K Rajagopal terus menguasai sepenuhnya perlawanan dan pemain-pemain gantian juga tidak mengecewakan untuk lebih mencengkam di bahagian tengah dengan potensi memberangsangkan. Turut memberi persembahan meyakinkan di bahagian pertahanan tengah dengan kemampuan membaca permainan dengan baik selain ketenangan yang dimilikinya.

Para pemain turut gemar melakukan hantaran-hantaran pendek sebelum melakukan umpanan yang mampu menghukum pertahanan lawan.

Ini menunjukkan mereka memiliki idea dan tidak gopoh untuk terus menghantar bola ke pintu gol lawan namun keupayaan sebenar mereka masih belum teruji dengan perlawanan seperti ini.

Anak buah Rajagopal menambah derita pasukan The Red Warriors itu di separuh masa kedua hasil jaringan S.Kunanlan di minit ke-65. Penyerang Terengganu, Abdul Hadi turut mencetak nama sebagai penjaring apabila meletakkan skuad Harimau Malaya 4-0 di minit ke-78 sebelum Izuan Solahuddin menamatkan pesta gol pasukan Harimau Malaya 5-0 pada minit ke-90.

--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.