Header Ads

Umno-BN terdesak: Laman PAS Terengganu diciplak


Tindakan mengklon laman dan gambar banner milik PAS menunjukkan parti Islam itu semakin ditakuti pihak musuh di Terengganu. | foto WarkahDaily Edit
Skuad Buletin Online (BO) menemui satu laman ciplakan www.buletinonline.net dengan menggunakan tema dan bentuk penampilan yang sama. Laman yang beralamat www.buletinonines.net tersebut adalah laman fitnah yang memuatkan berita-beritadan gambar-gambar BO yang diputarbelitkan.

Sebagai contohnya poster ucapan Selamat tahun Baru Cina yang dipaparkan baru-baru ini dengan meletakkan gambar-gambar Pesuruhjaya dan Timbalan-timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu telah di tukar kepada gambar Limkit Siang, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohamad sabu.

Gambar Mohamad Sabu telah diubahsuai pula dengan memakai topi yag tertera ‘tiga bintang’ merujuk kepada lambing parti komunis.

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata ia adalah satu kerja jahat yang cuba mengelirukan rakyat.

“Ini bermakna PAS Terengganu melalui laman rasminya buletinonline.net telah berjaya mengenengahkan isu-isu benar dan tepat tentang rakyat Terengganu,

“sebab itu lawan kita merasa terdesak dan bertindak menciplak laman tersebut,”ujarnya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, pihaknya sedag mengkaji tindakan yang akan dibuat bagi menghalang laman ciplak tersebut meneruskan operasi menyebarkan fitnah.

Antaranya, kata beliau, membuat laporan polis dan aduan kepada pihak Suruhanjaya Multimedia.

Siasatan awal skuad BO mendapati, salah seorang yang terlibat dalam pencplakan laman BO adalah individu yang memakai nama 'keris warisan' dalam laman sosial facebook.

Sumber: Buletinonline.net
Dikuasakan oleh Blogger.