Header Ads

[Video] Kondom terjatuh dari poket seorang selebriti depan peminat

LOS ANGELES: Selebriti kegilaan remaja yang mula melakar nama di saluran Disney, Zac Efron, pasti aib apabila sepaket kondom terjatuh dari poketnya ketika dia tiba untuk menghadiri tayangan perdana filem terbaru, The Lorax, semalam.

[Video bawah artikel]

Insiden berlaku ketika dia mengeluarkan tangan dari poket seluar untuk bersalaman dengan peminatnya yang menunggu pintu masuk ke panggung.

Kebanyakan peminat yang berbaris pada majlis itu adalah kanak-kanak atau remaja kerana filem berkenaan dihasilkan untuk tontonan keluarga.

Kejadian itu turut dirakamkan dalam bentuk video dan menjadi perhatian ramai di Internet.

Menurut sumber, peminat pasti tertanya-tanya apa yang difikirkan Efron ketika memasukkan kondom berkenaan ke poketnya.

Dikuasakan oleh Blogger.