Header Ads

3.2 meter salji runtuh dengan 250,000 tan salji landa AS

WASHINGTON: Amerika Syarikat mencatatkan suhu luar biasa sepanjang musim sejuk ini apabila hampir 3.2 meter (11 kaki) salji runtuh di Anchorage, Alaska sehingga menghasilkan sekurang-kurangnya 250,000 tan salji dan memaksa penduduk di situ berpindah.

Saintis iklim laut dan pentadbiran atmosfera, Jake Crouch berkata, untuk tempoh tiga bulan pertama 2012, dua kali serangan tornado berlaku manakala 36 negeri lain mencatatkan rekod suhu tinggi hingga Khamis lalu.

Katanya, setakat bulan ini, AS telah mencatatkan 1,757 rekod suhu harian yang lebih tinggi.

“Terdapat 132 tornado disahkan berlaku pada bulan Januari dan Februari di seluruh negara, manakala laporan awal yang diterima menunjukkan lebih 150 kes berlaku bulan ini.

“Apa yang berlaku ketika ini ialah dua fenomena cuaca yang berbeza - La Nina di mana anjakan ribut dan ‘Arctic Oscillation’ berlaku disebabkan corak suhu berubah berdasarkan pergerakan dunia,” katanya dipetik AP.

Sementara itu, menurut pakar kaji cuaca, setiap cuaca yang berlaku tidak boleh dikaitkan dengan sebarang faktor walaupun kepada pemanasan global.
Dikuasakan oleh Blogger.