Header Ads

4 tahun jadi mangsa nafsu buas bapa kandung

REMBAU, Negeri Sembilan: Haruan makan anak. Itulah yang sesuai untuk seorang bapa kandung yang sanggup merogol anak sendiri sejak umurnya 10 tahun.

Sumber yang enggan dikenali berkata, perangai buruk lelaki terbabit hanya terbongkar selepas anaknya yang kini berusia 14 tahun, ditemani gurunya membuat laporan polis pada 22 Mac lalu.

Menurutnya, remaja terbabit mendakwa dirogol sejak berumur 10 tahun dan kali terakhir pada 21 Mac lalu.

“Susulan insiden malang itu, guru yang menyedari perubahan remaja terbabit mendesak mangsa menceritakan masalahnya dan memujuknya membuat laporan polis.

“Suspek yang juga kakitangan kerajaan berusia 48 tahun ditahan pada hari sama mangsa membuat laporan polis,” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.

Sumber berkata, suspek ditahan reman selama seminggu sehingga 30 Mac ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, kes masih dalam siasatan dan mangsa telah dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan doktor.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 376, Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan,” katanya.

Sumber: Sinarharian.com.my
Dikuasakan oleh Blogger.