Header Ads

Air kencing Saiful Apek positif kanabis

Juruteknologi makmal perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Israfel Ismon telah memberitahu Mahkamah Majistret Petaling Jaya bahawa Saiful Apek (gambar) dan tiga rakannya disahkan positif kanabis.

Israfel berkata, beliau memperoleh keputusan itu selepas melakukan ujian pengesanan dadah terhadap air kencing Saiful Apek dan tiga lagi rakannya.

Menurut laporan Bernama, Israfel memberitahu mahkamah, beliau memperoleh keputusan itu selepas melakukan ujian pengesanan dadah terhadap air kencing Saiful Apek dan tiga rakannya, Shah Zainatull Ehsan, Shaiful Baharom dan Noremy Mohamad.

Israfel berkata demikian selepas disoal timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad pada perbicaraan kes tertuduh yang didakwa memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010 mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.
Dikuasakan oleh Blogger.