Header Ads

Apakah hak Umno dengan sesuka hati guna IPT untuk kegunaan parti?

WarkahDaily -- Kenapa pemimpin Umno-BN susah sangat nak faham dan terima kenyataan, premis parti dengan premis awam termasuk pusat pendidikan. Apakah hak Umno untuk salah guna premis untuk kepentingan parti?

Kerana Umno-BN menjadi kerajaan, bukan bererti Umno turut mendapat lesen untuk guna apa sahaja premis dan harta milik rakyat yang sudah tentu bukan semuanya berahli Umno-BN. Jadi sudah tentu Umno berlaku zalim terhadap rakyat.

Dipetik dari Harakahdaily, PAS memandang berat sikap tidak bertanggungjawab pemimpin Umno-BN yang sewenang-wenangnya melakukan penyalahgunaan harta benda awam atas kepentingan parti politik mereka.

PAS Permatah Pauh telah membantah sikap tidak bertanggungjawab pemimpin Umno yang menggunakan Institut Pengajian Tinggi (IPT), Politeknik untuk program 'Pelancaran Gelombang Biru' bagi pilihanraya umum (PRU) ke-13. Dah tentu ia merupakan program parti secara terang-terangan.

Ahli Jawatankuasa PAS Negeri yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Permatang Pauh, Haji Omar Hasan berkata, program berkenaan yang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Chik merupakan program kepartian yang diadakan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang selama ini tidak dibenarkan sama sekali oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, Kerajaan BN hanya melarang parti pembangkang sahaja menggunakan sebarang padang IPT sedangkan bagi BN ialah dibolehkan.

"Sikap yang ditunjukan itu berat sebelah. Mereka mencabul apa yang menjadi undang-undang. Oleh itu marilah bersama-sama hadir di pintu utama Politeknik Seberang Perai untuk membantah pencabulan itu," tegasnya.

Ini membuktikan Umno dan BN bankrap perancangan dan tempat sehingga memilih lokasi yang selama ini tidak boleh dimasuki oleh mana-mana parti.

Jumaat lepas, satu memorandum telah dihantar oleh beliau sendiri bersama Setiausaha PAS Permatang Pauh, Mansor Che Dan, Ketua Penerangan PAS Kawasan, Jamsari Samad, Pengarah Pilihanraya Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Jaya, Anuar Hamid dan Angkatan Muda Keadilan Permatang Pauh, Yusmira Yusuf.

Sementara itu Pengarah Politeknik Seberang Perai, Haji Zulkifli Ariffin berkata, sebenarnya pihaknya menerima surat permohonan dari Kementerian Belia dan Sukan untuk program penyampaian peruntukan kepada badan di bawah belia di Pulau Pinang.

Cuma kemudiannya timbul satu lagi surat dari Umno untuk mengadakan pelancaran di tempat yang sama.

Namun beliau berjanji tidak akan membenarkan Umno memasang bendera parti kerana tidak mahu melihat Politeknik Seberang Perai terdedah dengan politik kepartian.
Dikuasakan oleh Blogger.