Arsenal bangkit dengan tiga gol tapi gagal halang kemaraan AC Milan

Arsenal berjaya tewaskan AC Milan 3-0 namun gagal layak ke peringkat suku akhir Liga Juara-juara selepas gagal hapuskan defisit gol AC Milan yang menang 4-0 sebelum ini.
Dalam perlawanan yang berlangsung di tempat sendiri awal pagi tadi (waktu Malaysia), Arsenal menjaringkan tiga gol pada separuh masa pertama.
Bagaimanapun AC Milan yang telah pun mengumpulkan empat gol pada pusingan pertama berjaya melangkah ke depan dengn agregat 4-3.
Gol Arsenal dijaringkan seawal minit ketujuh oleh Laurent Koscielny dan disusuli jaringan Tomas Rosicky pada minit ke-26.
Robin van Persie menjaringkan gol ketiga dua minit sebelum separuh masa pertama berakhir.
AC Milan hanya memerlukan satu jaringan untuk melangkah ke pusingan seterusnya manakala Gunners memerlukan enam gol jika mahu mengatasi lawannya.
Dalam satu lagi perlawanan, Benfica mengatasi Zenit St Petersburg 2-0.
Post a Comment