Archive Pages Design$type=blogging

tabsrecent/EPL,Liga M,La Liga

Bawa lari kakak rogol dalam kereta, adik ditinggal kesakitan seorang diri

SABAK BERNAM: Perjalanan pulang dua beradik ke rumah selepas membeli kad prabayar berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka dirogol ...

SABAK BERNAM: Perjalanan pulang dua beradik ke rumah selepas membeli kad prabayar berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka dirogol dalam kereta selepas motosikal yang mereka naiki dilanggar dalam kejadian di Parit 13, Sungai Panjang, di sini, kelmarin.

Ketika kejadian mangsa berusia 17 tahun yang menunggang motosikal bersama adiknya berusia 15 tahun dilanggar sebuah Proton Saga, kira-kira jam 9 malam di kawasan sunyi.

Berikutan perlanggaran itu, kedua-dua beradik itu terjatuh sebelum suspek berhenti dan menarik mangsa ke dalam kereta.

Suspek yang berusia 19 tahun dikatakan sanggup mendukung mangsa yang meronta-ronta ke dalam kereta sebelum membawanya lari dengan meninggalkan adik remaja itu kesakitan seorang diri di tepi jalan.

Adik mangsa bergegas pulang ke rumahnya kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian dan menceritakan kepada keluarga yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Sabak Bernam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, siasatan awal polis mendapati suspek membawa mangsa ke tempat sunyi sebelum merogolnya dalam kereta, kira-kira jam 10.30 malam.

Menurutnya, mangsa terpaksa menuruti kehendak suspek selepas diugut akan dirogol beramai-ramai jika enggan mematuhi permintaan itu.

Katanya, selepas dirogol, mangsa ditinggalkan di tepi jalan sebelum ditemui orang ramai.

“Suspek melarikan diri selepas menyedari menjadi buruan penduduk.

“Akibat gagal mengawal kenderaannya, kereta dipandu suspek terbabas, tetapi lelaki itu dapat meloloskan diri ke kebun sawit berhampiran dan meredah sawah padi bagi menyelamatkan diri.

“Suspek dikatakan turut meminta bantuan di rumah majikannya yang terletak berhampiran tempat kejadian.

“Bagaimanapun, usaha suspek meraih simpati majikannya gagal kerana selepas menceritakan kejadian yang berlaku, lelaki itu dipaksa menyerah diri kepada polis, semalam,” katanya. Beliau berkata, siasatan polis mendapati suspek menggunakan kereta milik majikannya ketika melakukan jenayah itu.

Sumber: HMetro.com.my

COMMENTS

Nama

AFC Cup AFF-Cup agama automotif badminton bersih bola sepak dunia ekonomi EPL extra feature gadgets gambar hiburan highlight La Liga lain-lain Liga Juara-Juara Liga M LTdL Motorspot muktamar NahasMH17 Nasional opinion PialaDunia PialaMalaysia politik PRK prn-sarawak rencana santai SEA Games sihat sukan teknologi thomas uber cup umum wilayah
false
ltr
item
The Malaysian View - Latest News: Bawa lari kakak rogol dalam kereta, adik ditinggal kesakitan seorang diri
Bawa lari kakak rogol dalam kereta, adik ditinggal kesakitan seorang diri
The Malaysian View - Latest News
http://www.themalaysianview.com/2012/03/bawa-lari-kakak-rogol-dalam-kereta-adik.html
http://www.themalaysianview.com/
http://www.themalaysianview.com/
http://www.themalaysianview.com/2012/03/bawa-lari-kakak-rogol-dalam-kereta-adik.html
true
2586697549792841116
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago