Header Ads

Bekas ahli majlis tertinggi Parti Progresif Penduduk akan sertai PAS

Seorang bekas ahli majlis tertinggi Parti Progresif Penduduk (PPP) akan menyerahkan borang menyertai PAS secara rasmi dalam masa terdekat.

Beliau dijangka mengetuai penghijrahan beramai-ramai ahli PPP ke dalam PAS termasuk menjadi ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Difahamkan, beliau yang juga bekas ketua salah satu bahagian PPP di SElangor itu akan menyerahkan borang keahlian PAS berserta lebih 500 yang lain secara rasmi kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada satu majlis di Klang pada 10 Mac ini.

Kesemua mereka adalah ahli PPP daripada 15 cawangan di Klang.

Malam tadi, individu berkenaan dibawa ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut bagi diperkenalkan kepada pimpinan dan AJK PAS Pusat yang berkebetulan bermesyuarat semalam.

Antaranya beliau bertemu dengan Mohamad Sabu, Dr Siti Mariah Mahmud dan juga Mazlan Aliman.

Beliau telah bersama PPP lebih empat tahun. Sebelum bersama PPP, beliau bersama Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) selama 13 tahun dan pernah menjawat jawatan sebagai setiausaha agung.

Sumber: Harakahdaily.net
Dikuasakan oleh Blogger.