Bom Jerman era Perang Dunia II seberat 1 tan ditemui pekerja binaan

Pekerja dilihat sedang memindahkan bom Jerman yang wujud ketika Perang Dunia II di Marseille, selatan Perancis, kelmarin. | foto AP

Ia ditemui seminggu lalu oleh pekerja-pekerja binaan yang secara tidak sengaja bom berkenaan tersangkut ketika melakukan kerja.
Kerajaan tempatan melaporkan, sistem penyalaan bom itu tidak lagi berfungsi tetapi bahan letupan seberat 1,400 paun (650 kilogram) yang berada di dalamnya itu amat berbahaya.
Bom itu didakwa telah ditanam oleh tentera Jerman yang telah merancang untuk memusnahkan pelabuhan di bandar berkenaan selepas mereka berundur ketika perang berakhir.
Sumber: AP
Post a Comment