Header Ads

Chong Wei tekad mahu turun beraksi di saingan separuh akhir Piala Axiata

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tekad mahu turun beraksi di saingan separuh akhir Piala Axiata 2012, Jumaat ini bagi membantu skuad Malaysia Tigers menentang Indonesia Garuda.

Chong Wei yang kini menjalani rutin latihan seperti biasa , merasakan kesakitan pada kecederaan bahu yang dialami beransur pulih.

Meskipun masih dalam tempoh rehat, disamping menjalani rawatan berterusan, Chong Wei mempunyai keinginan tinggi untuk turun beraksi di saingan separuh akhir kejohanan tersebut.

Bagi jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bok, perbincangan akan dilakukan bagi mendapat kata putus sama ada Chong Wei diturunkan atau tidak kerana tidak mahu proses pemulihan kecederaan pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2008 itu terganggu.

Latihan skuad Piala Axiata, Malaysia Tigers dan Malaysia Leopards pada baki dua hari sebelum saingan separuh akhir terarah kepada persiapan mental kerana bakal ditentang sengit pasukan dari seberang.

Skuad senior negara, Malaysia Tigers akan ke Jakarta untuk aksi separuh akhir pertama manakala skuad remaja , Malaysia Leopards akan menentang Indonesia Rajawali di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Jangan lepaskan peluang saksikan separuh akhir Piala Axiata pada Jumaat jam 5 petang (hari ini) secara langsung di saluran tambahan Astro 810.

Sumber: Arena.my
Dikuasakan oleh Blogger.