Header Ads

Di bawah pemerintahan Umno-BN, MAS rugi berbilion ringgit tapi AirAsia boleh pulak untung


WarkahDaily -- Kerugian syarikat penerbangan negara, Malaysia Airline System (MAS) memberi satu tamparan hebat kepada negara dan pemerintah apabila syarikat penerbangan yang sudah lama bertapak di negara ini tetapi terpaksa menanggung kerugian berbilion ringgit.

Inilah nasib syarikat-syarikat berkaitan kerajaan ketika di bawah pemerintahan kerajaan Umno-BN. Reti ke depa ni memerintah?

Dalam satu laporan baru-baru ini menunjukkan MAS mencatat kerugian pada tahun 2011 sebanyak RM2.52 bilion. [Baca sini]. Angka kerugian berkenaan jelas amat besar dan sepatutnya kerajaan mengambil suatu langkah bagi mengelak syarikat berkenaan gulung tikar.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah mempersoal bagaimana syarikat penerbangan tertua negara itu boleh mengalami kerugian yang begitu besar.

Alasan konon ekonomi global yang lembab yang menyebabkan MAS terpaksa menanggung kerugian tidak boleh diterima sama sekali kerana syarikat penerbangan negara serantau berjaya mencatat keuntungan, kata Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor yang dipetik dari Harakahdaily.

“Apakah ia berpunca dari kelemahan dari segi urus tadbir dan strategi perniagaan yang tidak berkesan?” tanya Riduan.

Katanya, pegurusan MAS perlu belajar dari syarikat penerbangan yang lain termasuk AirAsia yang dilaporkan berjaya mencatat keuntungan yang baik.

Beliau menambah, AirAsia yang baru ditubuhkan beberapa tahun lepas dan hanya mempunyai operasi perniagaan yang lebih kecil mampu membina empayar kejayaan mereka.

Bagi Riduan, MAS adalah identiti penerbangan utama negara, kegagalan MAS bererti kegagalan negara dalam melahirkan syarikat penerbangan bertaraf dunia, malahan imej negara juga turut tercalar di mata dunia akibat gagal mengurus syarikat penerbangannya setanding dengan syarikat penerbangan negara-negara lainnya.

“Tidak ada ertinya kehebatan lapangan terbang negara ini bertaraf dunia dan mendapat pengiktirafan antarabangsa sekiranya syarikat yang menguruskan sistem penerbangan utama negara pula gagal menempatkan kedudukannya,” ujarnya.

Rakyat Malaysia, kata beliau pastinya malu apabila mendengar MAS terus mencatat kerugian buat beberapa tahun lagi dan akhirnya terpaksa menggulung tikar dan menyerah kalah.

“Apakah lagi kebanggaan rakyat Malaysia pada industri penerbangan negara?” soalnya.
Dikuasakan oleh Blogger.