Header Ads

Fernando Alonso juara Grand Prix Petronas Malaysia 2012


text here. | foto
Fernando Alonso dari pasukan Scuderia Ferrari mencatatkan kemenangan dramatik dalam Grand Prix Petronas Malaysia 2012 apabila menafikan Sergio Perez dari pasukan Sauber F1 Team untuk merangkul kemenangan pertama Formula One di Litar Sepang, semalam.

Pemandu dari Sepanyol itu mencatatkan dua jam, 44 minit dan 51.812 saat untuk mendahului Sergio Perez dari Mexico dengan hanya perbezaan 2.263 saat.

Kemenangannya hari ini merupakan gelaran keduanya dalam Grand Prix Malaysia dan pencapaian hebat dalam 28 tahun kariernya. Beliau memenangi Grand Prix Malaysia pada 2007 dengan pasukan McLaren Mercedes.

Alonso juga kini menjadi pendahulu kejohanan dunia ini dengan 35 mata, lima mata di hadapan Hamilton.

Berikut keputusan Grand Prix Formula One Petronas 2012 di Sirkit Sepang:

Klasifikasi Perlumbaan:

1. Fernando Alonso (ESP) Scuderia Ferrari 2 jam 44 minit 51.812 saat
2. Sergio Perez (MEX) Tim Sauber F1 2:44:54.075s
3. Lewis Hamilton (GBR) Vodafone McLaren Mercedes 2:45:06.403s
4. Mark Webber (AUS) Red Bull Racing 2:45:09.500s
5. Kimi Raikkonen (FIN) Tim Lotus F1 2:45:21.268s
6. Bruno Senna (BRA) Tim Williams F1 2:45:29.479s
7. Paul Di Resta (GBR) Tim Sahara Force India F1 2:45:36.224s
8. Jean-Eric Vergne (FRA) Scuderia Toro Rosso 2:45:38.797s
9. Nico Hulkenberg (GER) Tim Sahara Force India F1 2:45:39.704s
10. Michael Schumacher (GER) Tim Mercedes AMG Petronas F1 2:45:41.808s
11. Sebastian Vettel (GER) Red Bull Racing 2:46:07.339s
12. Daniel Riciardo (AUS) Scuderia Toro Rosso 2:46:08.640s
13. Nico Rosberg (GER) Tim Mercedes AMG Petronas F1 2:46:10.405s
14. Jenson Button (GBR) Vodafone McLaren Mercedes 2:46:11.531s
15. Felipe Massa (BRA) Scuderia Ferrari 2:46:29.131s
16. Vitaly Petrov (RUS Tim Caterham F1 - 1 Pusingan
17. Timo Glock (GER) Tim Marussia F1 - 1 Pusingan
18. Heikki Kovalainen (FIN) Tim Caterham F1 - 1 Pusingan
19. Pastor Maldonado (VEN) Tim Williams F1 - Tidak Selesai Perlumbaan
20. Charles Pic (FRA) Tim Marussia F1 - 2 Pusingan
21. Narain Karthikeyan (IND) Tim HRT F1 - 2 Pusingan
22. Pedro de la Rosa (ESP) Tim HRT F1 - 2 Pusingan

Tidak Diklasifikasi:

- Kamui Kobayashi (JPN) Tim Sauber F1 - Tidak Selesai Perlumbaan
- Romain Grosjean (FRA) Tim Lotus F1 - Tidak Selesai Perlumbaan

Pusingan Terpantas:

- Kimi Raikkonen - 1:40.722 (Pusingan 53).


Sumber: Bernama.com
Dikuasakan oleh Blogger.