Header Ads

Gadis diculik ketika dalam perjalanan ke kedai ‘Top up’ kad pra bayar

KUANTAN: “Tolong kakak, tolong Baby…”. Itulah jeritan terakhir seorang pelajar Tingkatan Tiga, Siti Nur Fatiha Mahadi (gambar), 15 dari Taman Tas 6, di sini dipercayai diculik oleh dua lelaki dan seorang wanita tidak dikenali, kelmarin.

Sebelum kejadian, mangsa bersama dua adiknya ke kedai telekomunikasi di taman terbabit, kira-kira jam 3 petang.

Malah keterujaan remaja itu untuk kembali ke sekolah bersama rakan-rakannya, selepas cuti penggal pertama selama seminggu, musnah akibat kejadian tersebut.

Anak sulung kepada pasangan Mahadi Muda, 40, dan Nor Mala Mohd Lazin, 33, dipercayai pergi ke kedai terbabit kira-kira 100 meter dari rumahnya untuk membeli kad tambah nilai pra bayar bersama dua adiknya, Muhamad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aishah, 11.

Adiknya, Siti memberitahu, dia dan Syahmi tersentak, apabila melihat kakaknya ditarik masuk oleh seorang lelaki yang keluar dari kende­raan dipercayai jenis Honda warna ungu ketika dalam perjalanan menuju ke kedai terbabit.

Menurutnya, dua lelaki berada di tempat duduk belakang dan pemandunya adalah wanita dan salah seorang lelaki terbabit membuka pintu belakang sebelum menarik Fatiha serta sempat mengantuk kepala kakaknya sebanyak dua kali.

“Saya dan Syahmi cuba membantu menarik kakak, tapi tak terdaya dan nyaris tersepit di pintu kereta, sebelum mendengar jeritan meminta tolong daripada kakak sebelum kereta itu terus memecut meninggalkan kami.

“Kami berdua terus pulang ke rumah dan memberitahu kejadian yang menimpa kakak kepada ibu,” katanya.

Nurul Aishah ditemui ketika menceritakan semula kejadian terbabit ketika keluarga itu kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teruntum, Chang Hong Seong di rumahnya, di sini, semalam.

Sumber: Sinarharian.com.my
Dikuasakan oleh Blogger.