Header Ads

Gegaran berukuran 7.4 skala Ritcher landa Mexico, 1,600 rumah musnah

MEXICO CITY: Gempa kuat berkekuatan 7.4 skala Ritcher menggegar barat daya Mexico telah mencetuskan panik terhadap penduduk dan mengakibatkan kemusnahan infrastruktur, menurut pegawai kerajaan, kelmarin.

Menteri Dalam Negeri, Alejandro Poire berkata, seramai 11 orang dilaporkan cedera dalam kejadian gempa berhampiran pusat peranginan Acapulco yang terletak antara Guerrero dan Oaxaca itu.

Dalam kenyataan, Pusat Pemerhati Geologi Amerika Syarikat, melaporkan 10 gempa susulan turut dikesan beberapa jam selepas insiden tersebut.

“Kira-kira 1,600 rumah di empat kawasan perbandaran di Costa Chica didakwa musnah teruk,” menurut Gabenor Guerrero, Angel Aguirre.

Bekalan elektrik dan talian telefon di Mexico City juga terputus serta lalu lintas menjadi sesak kerana lampu isyarat turut tidak berfungsi menyebabkan berlaku kemalangan.

Ia adalah antara gempa terkuat sejak 1985 yang telah mengorbankan ribuan nyawa dan menyebabkan kemusnahan teruk pada masa itu.
Dikuasakan oleh Blogger.