Header Ads

Kadar caj internet termurah bagi pelanggan di luar bandar?

WarkahDaily -- Penduduk luar bandar bakal menikmati caj penggunaan internet jalur lebar termurah jika syarikat telekomunikasi negara ini menyahut seruan kerajaan agar mengkaji kemungkinan itu.

Menurut laporan media tempatan, penyedia perkhidmatan jalur lebar tempatan akan diminta mengkaji kemungkinan kadar caj paling murah untuk perkhidmatan jalur lebar bagi pelanggan di luar bandar.

Dipetik dari Bernama, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, langkah itu akan membolehkan penduduk luar bandar menikmati kemudahan Internet dengan kadar yang lebih murah daripada kadar sedia ada.

Rais berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan kementeriannya di Kompleks Sultan Abdul Samad di ibu negara, kelmarin.
Dikuasakan oleh Blogger.