Header Ads

Kemiskinan: Unit Perancang Ekonomi sabotaj Najib?

WarkahDaily – Baru-baru ini presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak telah secara terbuka menghina negeri dan rakyat Kelantan konon negeri itu adalah negeri paling miskin di bawah kerajaan PAS. [Baca sini]

Tuduhan Najib itu telah dibuat ketika berucap merasmikan Mini Estet Sejahtera di Kampung Nala, Lahad Datu di Sabah pada 18 Februari lalu.

Kenyataan Najib menghina rakyat Kelantan itu didakwa sebagai mengelabui mata dan menyedapkan hati rakyat Sabah yang diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN), konon negeri ‘Bawah Bayu’ itu bukan negeri miskin.

Namun, menurut laporan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri menjelaskan indeks kemiskinan di Kelantan ialah 4.8. Ianya jauh lebih bagus daripada negeri di bawah pemerintahan Umno-BN seperti Perlis (indeks kemiskinannya ialah 6.0); Sarawak (indeks kemiskinan 5.3) dan jauh terperosok paling miskin ialah Sabah (indeks kemiskinan 19.2).

Dipetik dari Harakahdaily, laporan indeks kemiskinan itu berdasar Jadual 6, Insiden Kemiskinan Mengikut Etnik, Strata dan Negeri Malaysia 1970-2009.

Menurut Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman, sekiranya dibuat perbandingan, amat jelas sekali Kelantan bukannya negeri termiskin.

Apa yang meragukan, bagaimana Najib boleh menuduh Kelantan adalah negeri termiskin, padahal Unit Perancang Ekonomi berada di bawah Jabatan Perdana Menteri yang menjadi tanggungjawabnya telah melaporkan sebaliknya. Bagaimana Najib boleh tidak tahu laporan sebenar? Apakah Najib disabotaj oleh pegawai-pegawainya sendiri di unit berkenaan?

“Apakah Perdana Menteri tidak diberi maklumat yang betul sedangkan Unit Perancang Ekonomi berada di bawah dagunya sendiri melaporkan sebaliknya.

“Atau sememangnya Dato’ Seri Najib sengaja mengundang kemarahan rakyat Kelantan dengan melontarkan penghinaan sebelum ini,” kata Abdul Latiff.
Dikuasakan oleh Blogger.