Header Ads

Kenapa sekarang kerajaan Umno-BN baru nak sedar SBPA tak sesuai dengan konsep 1Malaysia?

WarkahDaily -- Kenapa selepas ianya diumumkan, bahkan dikuatkuasakan, cuma tidak sempat diberi gaji kepada penjawat awam gred bawah, tapi sekarang baru sedar SBPA tidak sesuai dengan konsep 1Malaysia. Habis tu, kenapa satu keputusan (Januari lepas) yang amat penting itu dibuat seperti 'caca-marba', seolah-olah macam tiada perancangan dan kajian awal dari pihak kerajaan.

Ini ke yang dikatakan kerajaan berpengalaman, kerajaan yang mampu mentadbir? Patutlah negara nak bankrap pun.

Dipetik dari Sinar Harian semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah kerajaan membatalkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sangat responsif terhadap kehendak masyarakat.

Beliau berkata, langkah itu diambil setelah satu jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menilai semula SBPA berpendapat ia tidak berapa sesuai dengan gagasan 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.

"(Justeru) Perdana Menteri telah mengambil satu langkah (untuk) menilai balik (SBPA)," katanya selepas merasmikan set tren MyKomuter yang operasinya bermula hari ini.

Pembatalan skim SBPA itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu perhimpunan khas dengan penjawat awam di Putrajaya hari ini.

Muhyiddin berkata, cadangan SBPA itu telah dikemukakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi selepas ia diteliti semula kerajaan mendapati ada beberapa perkara dalam skim itu yang perlu dipinda.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata dengan keputusan ini, guru-guru juga diharap berasa gembira kerana kerajaan akan melaksanakan seberapa segera janji-janjinya sebelum ini.

"Macam perdana menteri kata, guru-guru jangan gundah gulana, apa yang dijanjikan dalam bajet itu (Bajet 2012) akan dipenuhi dan mungkin dalam tempoh yang terdekat perincian itu akan dimaklumkan oleh pihak JPA. Dengan jaminan perdana menteri itu, kita harap ia akan dapat memuaskan hati," katanya.

Penulis WarkahDaily (WD) melihat, keputusan pemansuhan yang dilakukan Najib semalam ada hubung kait hampirnya pilihanraya umum (PRU) ke-13.

Kerana bimbangkan dengan sokongan daripada kakitangan kerajaan, kerajaan terpaksa menyemak kembali SBPA yang padahal sudah pun dikuatkuasa pada Januari lepas.
Dikuasakan oleh Blogger.