Header Ads

Keputusan Liga Super 3 Mac

WarkahDaily -- Aksi kesembilan Liga Super musim 2012 hanya melibatkan empat perlawanan semalam dengan 8 pasukan bertembung selepas rehat panjang. Terdahulu, T-Team yang beraksi awal (2 Mac), berjaya mengalahkan Sarawak 1-0 di Kuala Terengganu kelmarin.

Dua lagi perlawanan yang belum diadakan iaitu Kelantan menentang Negeri Sembilan, hari ini (4 Mac) dan Lions xii menentang Felda United, pada 6 Mac.

Perlawanan semalam, Terengganu yang mengutip mata penuh selepas menang tipis 1-0 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Hang Tuah, Melaka, kini menghuni tangga kedua liga selepas mengutip 17 mata. Manakala T-Team berada di tangga ketiga dengan kutipan 16 mata. Perak yang seri dengan PKNS 2-2, terus jatuh ke tangga keempat dari kedudukan tangga kedua sebelum ini.

Kelantan masih mendahului puncak liga dengan kutipan 17 mata, sama dengan Terengganu namun berkelebihan jaringan gol. Namun Kelantan turut berkelebihan satu perlawanan yang mungkin berpeluang menjarakkan perbezaan mata dengan pencabar terdekat, Terengganu.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan 2 dan 3 Mac.


KEPUTUSAN LIGA SUPER 3 MAC 2012

Sabah

2-1

Johor FC

Kuala Lumpur

0-1

Terengganu

Kedah

1-0

Selangor

PKNS

2-2

Perak


KEPUTUSAN LIGA SUPER 2 MAC 2012

T-Team

1-0

Sarawak


--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.