Header Ads

Keputusan LTdL Peringkat Akhir: Andrea Guardini juara, Jersi Kuning milik Jose Serpa


Pemenang LTdL 2012 selepas peringkat akhir di Kuala Terengganu, semalam. Dari kiri, Alexandr (Jersi Putih), Jose Serpa (Jersi Kuning dan Merah) dan Guardini (Jersi Biru).
WarkahDaily -- Kejohanan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 telah memasuki peringkat terakhir (ke-10) dari Tasik Kenyir ke Kuala Terengganu lOOP dengan kayuhan 114.8km, semalam.

Pelumba dari Itali yang mewakili pasukan Farnese Vini, Andrea Guardini terus mendominasi kejuaraan apabila sekali lagi menang buat kali keenam di peringkat terakhir kejohanan. Dengan kemenangan itu, jaguh 'Raja Pecut' dengan Jersi Biru terus menjadi milik Guardini.

Pelumba dari Colombia, Jose Serpa yang menyertai pasukan Androni Giocattoli telah ditabal sebagai juara keseluruhan LTdL 2012 apabila terus kekal dengan Jersi Kuning dengan catatan masa 32 jam 55 minit 31 saat.

Pasukan dari Malaysia, Terengganu Cycling Team menjadi pasukan ketiga terbaik Asia.

Berikut adalah keputusan perlumbaan semalam, dari Tasik Kenyir - Kuala Terengganu lOOP (114.8km)

KEPUTUSAN
1. Andrea Guardini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia 2 jam 36 minit 42 saat
2. Jacobe Keough (USA) United Healthcare 2:36:42s
3. Sonny Colbrelli (ITA) Colnago CSF Inox 2:36:42s
4. Mohd Harrif Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team 2:36:42s
5. Raymond Kreder (NED) Garmin Barracuda 2:36:42s
-------------------------------------------------------
13. Adiq Husainie Othman (MAS) Champion System 2:36:48s
20. Mohd Zamri Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team 2:36:48s
23. Muhamad Saufi Mat Senan (MAS) Terengganu Cycling Team 2:36:48s
48. Anuar Manan (MAS) Champion System 2:36:55s
52. Mohd Fauzan Ahmad Lutfi (MAS) Malaysia National Team 2:36:55s


Pelumba terbaik keseluruhan – [JERSI KUNING]
1. Jose Serpa (COL) Androni Giocattoli 32:55:31s
2. Jose Rujano (VEN) Androni Giocattoli 32:56:01s
3. Victor Nino Corridor (COL) Azad University Cross Team 32:56:34s


Pelumba Asia terbaik – [JERSI PUTIH]
1. Alexandre Dyachenko (KAZ) Astana Pro Team 32:57:51s
2. Ghader Mizbani (IRI) Tabriz Petrochemical Team @ 02:03s
3. Andrey Zeits (KAZ) Astana Pro Team @ 02:08s


Pelumba Pecut Terbaik – [JERSI BIRU]
1. Andrea Guardini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia - 94 mata
2. Valentin Iglinskiy (KAZ) Astana Pro Team - 85 mata
3. Jacobe Keough (USA) United Healthcare - 79 mata


Pelumba Pendakian Terbaik – [JERSI MERAH]
1. Jose Serpa (COL) Androni Giocattoli - 27 mata
2. Matteo Rabottini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia - 24 mata
3. Jose Rujano (VEN) Androni Giocattoli - 24 mata


Pasukan terbaik keseluruhan
1. Androni Giocattoli 98:50:34s
2. Astana Pro Team @ 12:03s
3. MTN Qhubeka @ 13:36s


Pasukan terbaik keseluruhan Asia
1. Astana Pro Team 99:02:37s
2. Tabriz Petrochemical Team @ 06:05s
3. Terengganu Cycling Team @ 16:52s
Dikuasakan oleh Blogger.