Antonio Valencia (kanan) menjaringkan gol kedua Manchester United ketika menewaskan Wolverhampton Wanderers 5-0 di Stadium Molineux, kelmarin. | foto Getty Images WarkahDaily -- Manchester United terus melakar kemenangan bergaya apabila menewaskan Wolverhampton 5-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2012 di Stadium Molineux, kelmarin, sekaligus mengutip tiga mata berharga untuk berada di puncak liga.
Kemenangan United itu memberi kelebihan buat anak buat Sir Alex Ferguson menjarakkan kedudukan dengan musuh ketatnya, Manchester City di tangga kedua. United kini mengumpul 70 mata selepas mengharungi 29 perlawanan.
Manakala pencabar terdekat, City mengutip 66 mata dalam 28 perlawanan. City akan mengharungi perlawanan ke 29 menentang Chelsea Stadium Etihad pada Khamis ini. Dalam perlawanan berkenaan, City berdepan tugas sukar mencipta kemenangan ke atas Chelsea yang mendapat suntikan baru dari pengurus sementara, Roberto Di Matteo, menggantikan Andre Villas-Boas yang dipecat tempoh hari
[Baca sini].
Berikut adalah keputusan penuh perlawanan EPL (14, 17, 18 dan 19 Mac)
KEPUTUSAN EPL 19 MAC 2012
|
Newcastle United
|  | 1-0
|  | Norwich City
|
KEPUTUSAN EPL 18 MAC 2012
|
Wolverhampton
|  | 0-5
|  | Manchester United
|
KEPUTUSAN EPL 17 MAC 2012
|
Wigan Athletic
|  | 1-1
|  | West Bromwich
|
Fulham
|  | 0-3
|  | Swansea City
|
KEPUTUSAN EPL 14 MAC 2012
|
Liverpool
|  | 3-0
|  | Everton
|
--WARKAHDAILY
Post a Comment