Header Ads

Keputusan penuh Piala FA pusingan kedua 10 Mac

WarkahDaily – Beberapa kejutan berlaku dalam saingan Piala FA pusingan kedua semalam apabila pasukan besar tewas kepada pasukan bertaraf kelab.

Dalam perlawanan terrdahulu dalam perlawanan kelmarin, Pahang terpaksa akur dengan kehebatan T-Team dan tersingkir dari saingan Piala FA.

Manakala, Selangor juga turut tersingkir awal di tangan pasukan berstatus kelab, Johor FC dengan penentuan sepakan penalti selepas pertemuan kedua-dua pasukan berakhir dengan seri 2-2.

KL SPA FC pula melakar sejarah apabila menjadi pasukan dari Liga FAM pertama layak ke pusingan seterusnya saingan Piala FA. Lebih manis lagi, pasukan berstatus kelab itu turut melakukan kejutan besar apabila menewas pasukan jemputan dari Kemboja, Preach Khan Reach dengan kemenangan 1-0.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan Piala FA dalam aksi pusingan kedua

KEPUTUSAN PIALA FA 09 MAC 2012


T-TEAM
3-2
PAHANG


KEPUTUSAN PIALA FA 10 MAC 2012


TERENGGANU
1-0
PERAK

JOHOR FC
2-2
(pen; 5-4)
SELANGOR

LIONS XII
(Singapura)
2-0
BETARIA FC

KELANTAN
3-2
KUALA LUMPUR

KEDAH
3-2
PERLIS

USM FC
0-2
SIME DARBY

PREACH KHAN REACH
(Kemboja)
0-1
KL SPA FC


* Pasukan berhuruf gelap layak ke pusingan seterusnya

--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.