Header Ads

Keputusan SPM 2011 meningkat, tapi masih ramai yang buta huruf

Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2011. Tahniah juga kepada mereka yang memperolehi keputusan cemerlang, khususnya para pelajar, guru, ibu bapa serta penjaga. Walaubagaimana pun usah dilupakan mereka yang tidak berjaya, khususnya mereka yang buta huruf. Semoga pengambilan pelatih PLKN selepas ini dilakukan tapisan yang rapi agar tidak menjejaskan modul latihan PLKN. Semoga pelajar yang gagal dan buta huruf ini dibimbing mengikut kemampuan mereka di institusi yang khusus.

559 Calon SPM 2011 Peroleh Semua A+

Mac 21, 2012 - PUTRAJAYA: Seramai 559 daripada 468,808 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata, pencapaian keseluruh pelajar dalam peperiksaan terus meningkat sejak empat tahun lalu [baca sini].

8 peratus dari 6,667 orang pelatih PLKN Buta Huruf [rujuk sumber]

11 Jan 2012: Jika 8 peratus dari 6,667 orang pelatih PLKN terdiri dari mereka yang buta huruf, ini bermakna secara statistiknya 8 peratus calon SPM 2011 juga adalah mereka yang buta huruf. Jika ada 468,808 orang calon SPM pada tahun 2011, ini bermakna secara puratanya 37,504 orang calon SPM 2011 adalah mereka yang buta huruf, iaitu tidak tahu membaca dan menulis.

Sumber: Tranungkite.net
Dikuasakan oleh Blogger.