Header Ads

Kerajaan 1Malaysia tunduk dengan telunjuk AS henti import minyak Iran

Oleh Dr Raja Ahmad Al-Hiss

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar tindakan kerajaan Malaysia kerana mengarahkan Petronas menghentikan mengimport minyak dari Negara Iran mulai April iaitu dua bulan sebelum sekatan Amerika Syarikat berkuat kuasa ke atas negara itu [Baca sini].

DPPM melihat tidak wajar Malaysia mengikut tindakan Amerika Syarikat itu. Langkah yang diambil oleh Amerika Syarikat adalah langkah politik, kerana terlibat secara langsung konfrontasi dengan Iran. Amerika Syarikat dalam sejarahnya adalah sebuah negara yang suka membuli dan menyerang negara lain yang lebih kecil. Selepas Afghanistan, Iraq kini Iran pula akan menjadi mangsa mereka.

DPPM menganggap tindakan kerajaan Malaysia ini seperti takut dan patuh dengan kehendak Amerika Syarikat. Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najb dilihat amat lemah kerana terpaksa tunduk patuh dengan arahan kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat. Perdana Menteri perlu sedar bahawa kepimpinan Amerika Syarikat tidak banyak membela umat Islam. Amerika Syarikat sanggup membunuh jutaan umat Islam yang dilihat tidak tunduk dengan kehendak mereka seperti mana yang berlaku di Iraq dan Afghanistan. Mereka sanggup melihat tentera Zionis Israel meratah umat Islam di Palestin tanpa sebarang pembelaan Jutaan nyawa umat Islam di Iran pula kini dalam bahaya jika Amerika Syarikat menyerang mereka.

Tindakan Malaysia pula akan menyebabkan konflik serantau yang lebih buruk akan berlaku. Ia boleh menjejaskan ekonomi negara tersebut sedangkan Iran tidak bermusuhan dengan Malaysia. Malaysia dilihat oleh negara umat Islam yang lainnya sebagai turut bersubahat bersama Amerrika Syarikat bagi menghukum umat Islam di negara Iran.

DPPM mengajak rakyat khususnya umat Islam melihat betapa lemahnya pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga sanggup tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat. Bagaimana mungkin pemimpin umat Islam di Malaysia seperti Datuk Seri Najib boleh bangkit menyuarakan kelantangan menentang rejim Zionis serta penyembelihan umat Islam di serata dunia oleh Amerika Syarikat dan sekutunya, jika terus mengikut telunjuk Amerika Syarikat serta tidak berani ‘mengangkat muka’ bagi mempertahankan kebenaran.

DR RAJA AHMAD AL HISS
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Merangkap Pengerusi Lajnah Antarabangsa DPPM
Dikuasakan oleh Blogger.