Header Ads

Khamil Jamil dilantik sebagai pengerusi eksekutif baru Proton

Pengarah urusan kumpulan DRB-Hicom Bhd, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, telah dilantik sebagai pengerusi eksekutif baru Proton Holdings Bhd, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau juga telah dilantik sebagai pengarah eksekutif syarikat pembuat kereta negara itu, kata Proton dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, semalam.

Pelantikan itu dibuat selepas selesainya pengambilalihan Proton oleh DRB-Hicom pada 16 Mac.

Khamil (gambar) akan menggantikan tempat Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh yang meletak jawatan juga pada 16 Mac [baca sini].

Pengerusi Proton yang baharu itu telah dilantik sebagai pengarah urusan kumpulan DRB-Hicom pada 2006 selepas berkhidmat di konglomerat itu sebagai timbalan pengerusi kumpulan dan timbalan pengarah urusan kumpulan bermula tahun 2005.

Khamil turut memegang jawatan pengarah dalam beberapa syarikat lain seperti Pos Malaysia Bhd, Bank Mualamat Malaysia Bhd, Edaran Otomobil Nasional Bhd dan Horsedale Development Bhd.

Pada 16 Januari tahun ini, DRB-Hicom memeterai perjanjian jual dan beli dengan Khazanah Nasional Bhd untuk menguasai 42.74 peratus daripada modal terbitan dan saham berbayar Proton dengan nilai RM1.291 bilion.

Sumber: Bernama.com
Dikuasakan oleh Blogger.