Header Ads

Khir Toyo mengaku beri tanah kepada Umno dan komponen BN ketika jadi Menteri Besar

Dr Mohd Khir Toyo mengesahkan memberi tanah kepada Umno dan komponen BN semasa beliau menjadi Menteri Besar.

Katanya, beliau memberi tanah itu untuk membolehkan Umno dan komponen BN itu membina bangunan parti di kawasan masing-masing.

Bagaimanapun, tambah beliau, Umno Tanjung Karang telah menjual tanah tersebut kerana membeli bangunan sendiri di tempat lain.

“Tetapi saya tidak memberi tanah kepada Adun Umno mahupun BN,” kata beliau ketika dihubungi.

Dr Khir menjawab tuduhan Adun PKR Seri Muda, Shuhaimi Shafie yang mengatakan wakil rakyat BN yang menjual tanah semasa sidang DUN negeri baru-baru ini.

Ketua Penerangan PKR Selangor menuduh pemimpin BN Selangor termasuklah ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar, Adun Seri Serdang Datuk Satim Diman dan Datuk Mohd Shamsudin Lias (Sungai Burong) terlibat dalam penjualan tanah dan mendakwa mempunyai rekod mengenai hal itu.

Menjawab dakwaan itu, Ketua Penerangan Umno negeri, Syukor Idrus sebaliknya mendakwa wakil rakyat PKR itu hanya bercakap kosong.

“Jangan cakap rambang, jangan cakap ikut sedap mulut. Bila kita tanya dia tak jawab.

“Adun BN ada 21 orang, Kita hendak tahu yang mana satu. Kalau tak jawab, dia (Shuhaimi) bercakap kosong,” kata beliau.

Sumber: Freemalaysiatoday.com
Dikuasakan oleh Blogger.